Friday 30 March 2012

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM (SIRI 1)

Tempat     : Pusat Kegiatan Kokurikulum, Kinta Utara.
Tarikh       : 23 Mac hingga 25 Mac 2012
Kehadiran : 10 orang pelajar setiap sekolah / Sebanyak 15 buah sekolah yang terlibat.
                   (Seramai 110 pelajar dibenarkan - mempunyai surat kebenaran ibubapa)


Khemah pelajar didirikan di atas padang.

Para peserta bersiap sedia untuk aktiviti jungle tracking.

Aktiviti makan malam bermula seawal pukul 7.30 malam.

Permandangan tapak perkhemahan dari puncak bukit (S.K. Post Raya).

Ahli St. John memberi taklimat berkaitan bantu mula.


Ahli-ahli St. John

Statistik kehadiran pelajar mengikut sekolah dan jantina.

Aktiviti sebegini dapat menghilangkan penat lelah pelajar disiang hari.

Aktiviti senaman pagi dikendalikan oleh cikgu Adnan dari SMK Sultan Yussuf.

Majlis penutupan didahului dengan bacaan doa.


Puan Bainah (Pengetua CM Yusuf) menyampaikan sijil kepada peserta.


Puan Bainah menyampaikan cenderahati kepada En.Kamal setelah merasmikan majllis penutupan. 

Ehsan gambar : En. Arif

Nota kaki : Aktiviti sebegini memberi banyak informasi dan manfaat disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan peserta, urusetia dan guru pengiring.

Wednesday 28 March 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN Penilaian/Ujian MAC 2012 Dalam SAPS

Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua/Guru Besar Negeri Perak
Semua Ibu/Bapa/Penjaga

Sukacita dimaklumkan, keputusan Penilaian/Ujian Bulan Mac 2012 bagi murid (Sekolah Rendah: Tahun 3 hingga Tahun 6, Sekolah Menengah : Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5) boleh dicapai dan dicetak melalui Portal SAPS iaitu;
Adalah dimaklumkan, ibu/bapa/penjaga boleh menyemak keputusan Penilaian/Ujian Mac 2012 untuk anak/tanggungan yang bersekolah di mana-mana sekolah kerajaan seluruh Malaysia. Sila klik menu Semakan IbuBapa. Carian keputusan hendaklah menggunakan Nombor MyKid/MyKad atau Sijil Lahir.
Sehubungan itu, bagi kes sekolah-sekolah yang masih dalam proses pengisian markah, JPN Perak berharap ianya dapat diselesaikan sebelum 30 Mac 2012. Ini disebabkan Ibu/Bapa/Penjaga boleh mengetahui Status Pengisian Markah semua sekolah seluruh Malaysia. Sila rujuk menu STATUS SEMAKAN MARKAH sekolah masing-masing.
Adalah diharapkan juga semua Pegawai Meja SAPS PPD dapat memantau proses kemasukan markah semua sekolah dalam daerahnya dari semasa ke semasa. Sila sebarluaskan hebahan ini dalam portal PPD masing-masing.

Sekian. Terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Tuesday 27 March 2012

PEMBINAAN AIR TERJUN MINI DI BLOK G

Projek pembinaan air terjun mini ini telah dimulakan sejak awal bulan Mac 2012.
Hasil perbincangan Puan Pengetua bersama AJK Program Lestari, projek ini dipantau perkembangannya oleh Ust. Lukman selaku setiausahanya.

Pembinaan air terjun mini ini telah mengubah landskap kawasan sekitarnya menjadi lebih indah dan menarik.

Peruntukan RM10,000 yang dibekalkan kepada pihak sekolah telah dimanfaatkan sebaiknya.

Hasil tangan Pakcik Alon tidak pernah menghampakan.

Terdapat beberapa pokok / buah naga ditanam sepanjang bangunan di blok G.

Ketelitian hasil kerja yang ditunjukkan oleh pakcik Alon membuatkan beliau terkenal di sekitar pekan Tanjong Tualang.
Nota kaki : Pelbagai pembinaan di bawah program Lestari akan dibina. Nantikan laporannya.

Thursday 15 March 2012

PERSEDIAAN MENGHADAPI SUKAN OLAHRAGA DAERAH KINTA SELATAN

Tarikh   : 20 hingga 23 Mac 2012
Hari      : Selasa - Jumaat
Tempat : Kompleks Sukan, Kampar 

Tidak sampai seminggu kejohanan sukan olahraga peringkat daerah akan berlansung.
Semua peserta yang terlibat mungkin sedang sibuk membuat persediaan dalam menghadapi acara tersebut.
Terdapat pelbagai acara dipertandingkan antaranya acara bar lapan, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing, lompat kijang dan sebagainya.
Acara sebegini amat penting agar atlit-atlit pelapis dapat dihasilkan.
Pelajar sedang memanaskan badan.
Azman Jamal turut tidak ketinggalan mencuba nasib menyertai fasa pemilihan mewakili sekolah. Mampu ke?

Fatimah dan Azman bersedia untuk merejam lembing.

En. Faiezal, En. Zainuddin, En. Rahim dan En. Arif (tiada kerana mengambil gambar) antara guru banyak memberi nasihat dan tunjukkan ajar kepada para peserta yang terlibat.

Meor dan Azrul antara peserta terbaik sekolah dalam acara lompat kijang.
Peserta-peseta acara larian jarak jauh melihat dan menilai rekod kejohanan yang terdapat dalam laporan kejohanan 2011.

Nota kaki : Diharapkan agar atlit-atlit CM Yusuf menyinar dalam kejohanan tersebut di samping dapat mengharumkan nama sekolah.

Wednesday 14 March 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

 


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih.


Nota kaki : Bersedia untuk menghadapi dunia baru.

Monday 12 March 2012

PM NAJIB UMUM KENAIKAN GAJI DAN COLA KEPADA PENJAWAT AWAM

PELARASAN GAJI BERDASARKAN JADUAL MATRIKS SSM: PM                                                       2012/03/08

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan

Antaranya, pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54. 

Bagi kumpulan Gred Utama C, B, A pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus, manakala Gred Turus III dan II pelarasan gaji sebanyak lapan peratus. 

Sementara itu, bagi Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus. 

KERAJAAN NAIKKAN KADAR COLA KEPADA RM250, RM150
2012/03/08

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan kepada RM250 dan RM150 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan itu pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 Mac 2012.

Monday 5 March 2012

MAJALAH BAKTI 2011

Majalah Bakti 2011 sudah boleh dibeli. 
Kepada seluruh warga CM Yusuf, ex-student atau orang luar, anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi Cikgu Seva di talian 0124529411.
Banyak info bergambar disediakan. Kualiti kertas dan warna yang digunakan juga menarik perhatian.
Harga senaskah majalah ialah RM 12.00.

Wajah muka hadapan Majalah Bakti.
Mungkin ada beberapa maklumat yang mencuit hati pelajar.
Kualiti kertas dan warna tidak diketepikan.
Sarat dengan peristiwa bergambar.
Mak Jah dan Tarvinder Kaur juga tidak ketinggalan mengumpul majalah tersebut sejak dari tingkatan 1 hingga 5

Nota kaki : Majalah yang diterbitkan saban tahun ini memberikan satu simbolik akan pentingnya seluruh warga warga CM Yusuf bersatu hati dalam melaksanakan agenda memartabatkan pendidikan nasional..

UJIAN SELARAS 1 (BERMULA)

Salam 1Malaysia.
Hari ini bermulalah ujian yang pertama bagi tahun 2012.
Sedar tak sedar, kita telah masuk ke bulan yang baru iaitu bulan Mac.
Kepada semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan awam (PMR dan SPM), bersedia dari awal.
Jadikan Ujian Selaras 1 ini sebagai kayu pengukur sejauh mana anda menguasai topik yang telah dipelajari.

Jenis Peperiksaan : Ujian Selaras 1 (US1)
Mula : Isnin (5 Mac 2012)
Tamat : Rabu (7 mac 2012)
Kelas : Peralihan, Tingkatan 1 hingga 5.

Pelajar 2 Satria sedang menjawab ujian matapelajaran Geografi

Pelajar tingkatan 4 dan 5 juga turut terlibat dalam Ujian Selaras 1.
Nota kaki: Kepada guru-guru, bersedia untuk key-in markah pelajar ke dalam sistem online SAPS dan Zoom-A. Elakkan dari menunggu saat akhir.

SOLAT HAJAT, TAHLIL & BACAAN YAASIN


Hari : Sabtu
Tarikh : 3 Mac 2012
Kehadiran : Guru, kakitangan bukan guru, murid tingkatan 1, pelajar Tahfiz dan ustaz jemputan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
  1. Solat Hajat - Mohon kesejahteraan dan ketenangan.
  2. Tahlil - Untuk Arwahyarham Cikgu Megat yang kembali ke Rahmatullah pada November 2011.
  3. Bacaan Yaasin - Mohon keberkatan dan keredhaan.
  4. Makan Tengah Hari - Untuk semua warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf yang terlibat pada majlis di atas.
Warga CM Yusuf mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan oleh hadirin dan hadirat yang terlibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...