Monday 5 November 2012

TRAVELOG : DARI BATU GAJAH KE KUALA SEPETANG (6 OKTOBER 2012)

Aktiviti : Konvoi motosikal CC kecil
Lokasi : Kuala Sepetang, Perak.
Hari : Sabtu - 6 Oktober 2012
Penyertaan : 11 motosikal

Aktiviti luar sekolah kali ini berkaitan dengan sukan permotoran. Diketuai oleh En.Syamsul dan segerombolan warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf sepakat berkonvoi ke luar daerah Batu Gajah.

Aktiviti konvoi ini diaktifkan semula setelah lama menyepi. Ahli baru pun bertambah tanpa disedari. Cewah..

Sebelum bertolak, kami bermesyuarat di Makmal Komputer pada hari Isnin, 1 Oktober 2012.
Plan :
  - Plan A : Nak ke Cameron Highland (tapi tak jadi sebab faktor cuaca tak menentu).
  - Plan B : Kuala Sepetang
  - Berkumpul di warong Cikgu Khairul Bariah jam 7.30 pagi.
  - Bertolak Jam 8.30 pagi.
  - Balik sebelum jam 12.00 tengah malam.

Berkumpul di Warong Cikgu Khairul Bariah (depan Clear Water Sanctuary Golf Resort).
Rizal Ramsah selaku AJK kebajikan memastikan bekalan air dan minyak petrol mencukupi.
Rata-rata peserta konvoi makan nasi lemak, roti canai dan minum air teh tarik.
Cikgu Nazri yang cool.
Kami bersepakat menukar arah destinasi. Tok terima laporan dari Jabatan Siasatan PDRM, Cameron Highland tentang keadaan cuaca yang tidak menentu di puncak sana. Kami memilih Kuala Sepetang.
Jika anda perasan, ada pengunjung/pelancong dari Amerika di belakang kami.
Singgah sebentar menghilangkan lesu dan getaran di badan.
Berbincang tentang kelajuan dan kondisi motor masing-masing.

CMY Gangnam Style.


Lokasi, bukan Janda Baik. Tetapi di lebuh raya Utara Selatan (Jelapang).
Abe Saiful (kredit kepada cikgu Saiful kerana memberi pinjam motor kepada cikgu Arif)
Suasana pagi semakin suram. Macam nak ujan. Syukur tak Cameron.
Kesebelasan utama penunggang motor ber"CC" kecil.
Tok mengetuai konvoi. Lokasi pertama ke Muzium Ngah Ibrahim, Kuala Sepetang.
Singgah sebentar di Petronas, Simpang 4. Macam biasa isi minyak dan buang ayor
Cikgu Zarul, Tok dan Cikgu Nazri.
Cikgu Zarul, Cikgu Arif dan Cikgu Nazri.
Motor jimat minyak (Modenas Kristar JB)
Di luar nampak usang... Tetapi hakikatnya bangunan ini diselenggara dengan begitu baik.
Masuk percuma.
Peristiwa penemuan bijih timah yang terlekat di kaki seekor gajah.
En.Saiful Bahari dan En.Rizal Ramsah.
Bersama penjaga muzium.
Tok, cikgu Nazri, cikgu Syamsul, Rizal Ramsah dan CIkgu Zarul.






Bergambar kenangan di pintu masuk Muzium Ngah Ibrahim, Kuala Sepetang.

Ohh Bulan..
Kedai Mee Udang Wanteh, Kuala Sepetang. Termenung sejenak sementara menunggu hidangan disiapkan.
Gambar hiasan. Udang tidak terpisah dengan kuahnya.
Terdapat antara 7 hingga 8 ekor udang dalam setiap hidangan.
Pada sesiapa yang tak tahan makan udang, terdapat menu lain seperti nasi ayam, mee rebus, mee hailam dan sebagainya.
Solat di Masjid Simpang Empat.
Ketenangan terlerlah di wajah selepas solat.
Gang konvoi menjamah biskut kering sementara menunggu hidangan makan tengah hari.
Biskut kering dihidang bersama teh tarik panas.
Kaunselor, En.Aminuddin melayan nafsu lapar.
Laman rumah En.Suhaili (sahabat Tok) menggamit perasaan. 
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan rumah En.Suhaili kerana menjemput kami menikmati hidangan tengah hari.
Lokasi : Parit Buntar
Rizal Ramsah mengajak gang Konvoi singgah di gerai buah-buahan di R&R Kuala Kangsar.
Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami singgah di Restoran Kalpaka, Batu Gajah.
Ehsan gambar : Tok

Nota kaki : Alhamdulillah...Gang konvoi selamat tiba di pekan Batu Gajah tepat jam 9.30 malam. Lokasi konvoi seterusnya ialah Hot Spring, Sungkai (kampung Aminuddin).

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM SESI 2013/2014

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia

Penilaian 10% Markah Kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam sesi 2013/2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...