Wednesday 26 December 2012

PENCAPAIAN PMR 2012

Senarai Calon Cemerlang Mengikut Pencapaian

8A
  1. Lin Kin Ting
  2. Anisah Nur Shahirah Binti Ramli
  3. Chan Ling Hui
  4. Chang Mun Sul
  5. Noraini Binti Mohd Nordin
  6. Nur Syazwani Binti Zulkifli
  7. Nur Syahirah Auni Binti Khairull Anuar
7A 1B
  1. Lee Xue Wen (BI)
  2. Loh Kit Yee (BM)
  3. Loh Shu Ning (BC)
  4. Nur Thufailah Binti Mat Said (KH4)
6A 2B
  1. Nor Zaidi Bin Abdul Rahman (BI, Matematik)
  2. Wong Kai Kin (BM, BC)
  3. Nor ATikah Binti Shahrul Azni (Geografi, KH4)
  4. Sow Man Yan (BM, BC
6A 1B 1C 
  1. Mohamad Saiful Izwan Bin Hashim (BM,BI)
6A 1B
  1. Thasarathan A/L Arumugam (BI)
PERATUS LULUS PMR 2012 : 113 murid (58.85% GPS - 3.18)

Sunday 16 December 2012

GOTONG ROYONG PERDANA, DISEMBER 2012

Gotong Royong Perdana yang berlansung pada 15 Disember 2012 telah mendapat kerjasama dari seluruh warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf dengan jayanya.
Setiap guru, pembantu operasi dan pekerja kontrak sekolah telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang program ini melalui surat rasmi yang diedarkan di alamat rumah masing-masing.
Tumpuan aktiviti gotong royong diberikan terhadap bilik-bilik khas seperti makmal sains, bengkel KH, makmal komputer, perpustakaan sehingga kepada kantin dan halaman persekitaran sekolah.

Program : Gotong Royong Perdana
Hari : Sabtu (15 Disember 2012)
Masa : 8.00 pagi
Kehadiran : Guru, Pembantu Operasi dan Pekerja Kontrak

















  • Guru yang sedang bercuti di Kelantan juga turut hadir menjayakan gotong royong perdana.
  • Cikgu Rahim pelawa Tok dan Rizal Ramsah ke kebunnya untuk memetik langsat dan memungut buah durian untuk dibawa ke sekolah.
  • Puan Pengetua pandai mengopek durian dengan penuh bersahaja.

Tuesday 11 December 2012

PROGRAM KECERIAN TANDAS 2012

Program menceriakan tandas bagi pelajar lelaki dan perempuan sedang giat dijalankan.
Beberapa buah pasu bunga diletakkan di dalam dan luar tandas bertujuan untuk memberi kesegaran, keselesaan, ketenangan dan keceriaan.














Kak Jun (penyelia) dan rakan-rakan bertanggung jawab memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha menceriakan persekitaran sekolah.

Monday 10 December 2012

WINDOWS 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Post kali ni adalah berkaitan dengan perisian sistem operasi yang baru diperkenalkan oleh Windows.
Windows 8... Macam pernah terjumpa perkataan ni,kan? Haa...diharapkan lepas anda baca entri ini, ianya dapat membantu dalam memahami maksud dan kegunaan sistem tersebut.
Windows adalah siri Sistem Operasi (Operating System), iaitu salah satu komponen utama komputer. Sistem Operasi memainkan peranan sebagai tapak asas semua aplikasi komputer. Tanpa Sistem Operasi maka komputer tidak akan beroperasi.

Terdapat pelbagai jenama Sistem Operasi dan Windows adalah jenama yang paling terkenal yang telah dibina oleh Microsoft, sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat dan diterajui oleh manusia terkaya di dunia iaitu Bill Gates.
Windows kini telah tiba dengan versi paling baru iaitu Windows 8. Windows 8 adalah manifestasi usaha Microsoft dalam membangunkan Sistem Operasi yang mampu menguasai pasaran dengan pelbagai fungsi yang menarik dan kelebihan yang tiada pada pesaingnya. 

Windows 8 ini memperkenalkan ciri navigasi yang menarik untuk diterokai. Ia direka dengan mensasarkan jenis komputer peribadi terbaru iaitu komputer tablet yang digunakan ekslusif dengan sentuhan. Namun ciri-ciri asal Windows masih dikekalkan untuk pengguna windows yang telah lama bersama dengan Microsoft.

Rekabentuk terbaru ini terbahagi kepada 2 dan ianya sangat ketara. 

Rekabentuk pertama yang dipaparkan kepada pengguna adalah rekabentuk Metro atau kini lebih dikenali dengan nama Windows 8 UI.

Windows UI direka khusus untuk pengguna yang menggunakan komputer tablet. Contoh paling dekat bagi komputer tablet adalah iPad daripada pesaing Microsoft iaitu Apple. Pengkhususan ini menghasilkan sistem yang sangat mesra pengguna dengan rekabentuk grafik pada butang dan teks yang besar agar ianya mudah disentuh dengan jari pengguna. 

Malahan dengan efek navigasi yang segar membolehkan pengguna menikmati pengalaman menggunakan komputer tablet yang lebih menyeronokkan.

Namun, pihak Microsoft tetap tidak melupakan pelanggan setia Windows mereka. Microsoft mengekalkan ciri rekabentuk Windows yang lama dalam sistem Windows 8 yang sama.

Rekabentuk Windows dikekalkan sepertimana Windows 7 dari segi kedudukan budang dan pengalaman menggunakannya. Apa yang berbeza adalah efek dan ciri grafik yang lebih bersifat kemas dengan efek kotak dan warna yang sekata. Tiada lagi efek berkaca dan telus pada Windows 7 dan Windows Vista yang terdahulu.

Ringkasnya Windows 8 mempunyai 2 jenis rekabentuk yang jauh berbeza dalam satu pakej yang sama.
Bill Gates.

Nota kaki : Bertukar la...apa tunggu lagi.

Friday 7 December 2012

SELAMAT BERCUTI

Warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar dan guru-guru...
Termasuk juga kepada calon-calon yang baru lepas menghadapi peperiksaan SPM 2012.
Penuhi hari-hari cuti anda dengan program-program yang bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...