Friday 18 October 2013

MAJLIS KORBAN DAN AKIKAH 2013

Program : Majlis Korban dan Akikah
Tarikh : 17 Oktober 2013 / Khamis
Tempat : Belakang Dewan Seri Tualang, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari.
Penglibatan : Guru, pelajar, pekerja swasta, penduduk setempat (komuniti).





  • Seluruh warga sekolah beragama Islam bertungkus-lumus mengadakan gotong royong bagi menjayakan majlis tersebut.
  • Bagi pelajar yang bukan beragama Islam, mereka turut hadir menyaksikan acara penyembelihan 2 ekor lembu yang dijalankan di luar pagar sekolah (belakang Dewan Seri Tualang).
  • Ketiadaan Tuan Pengetua En. Zulkifle Bin Othman (mengerjakan Haji) tidak melunturkan semangat para sukarelawan.
  • Diharapkan program sebegini dapat diteruskan ditahun-tahun yang akan datang.

Thursday 10 October 2013

OBJEKTIF SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) DAN TATACARA PENGGUNAAN : FASA 1

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti
Klik pautan berikut :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...