Monday 30 December 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN / GURU / KURIKULUM / HEM DAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA, 2013.

Tempat : Bilik Gerakan, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari.
Kehadiran : Semua Guru.

  1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua Tn Haji Zulkifle Bin Othman.
  2. Tn Haji Mohd Zaine Bin Jaafar (Penolong Kanan Pentadbiran) mengesahkan persaraan beliau pada 2 Januari 2013. Sambutan persaraan akan dijalankan pada hari Isnin, 6 Januari 2013. 
  3. Hebahan kata laluan untuk Streamyx, Zoom dan Dongle Yes 4G.
  4. Ulasan pencapaian markah Peperiksaan Akhir Tahun dan PMR 2013.
  5. Perancangan strategik P&P 2014.
  6. Penyerahan Takwim Sekolah 2014.
  7. Jamuan tengah hari disediakan oleh Tn Haji Mohd Zaine berupa Nasi Arab.

LOGO BARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan, Guru, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum Kali Pertama, 2014, Tuan Pengetua Tuan Haji Zulkifle Bin Othman ada menyentuh mengenai logo baru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan itu, blog sekolah dengan rasa prihatin ingin berkongsi maklumat tentang logo seperti mana yang beliau dinyatakan.

logo baru KPM

Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Friday 13 December 2013

KEPUTUSAN PMR DIUMUM 19 DISEMBER 2013

Maklumat awal untuk calon PMR 2013 mengenai tarikh keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dijangka akan diumumkan keluar pada satu tarikh di minggu ketiga bulan Disember 2013
Sebagai makluman, setelah tarikh rasmi diumumkan, semua calon boleh mendapatkan keputusan daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan

Kemaskini tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2013 :

19 Disember 2013, Khamis (Rasmi)

Selain itu terdapat juga alternatif lain untuk mengetahui keputusan PMR antaranya adalah menerusi sistem MySMS dengan menggunakan format mesej penghantaran seperti berikut :
semak result pmr 2013 sms check tarikh keputusan pmr 2013 dan semakan guna sms
 keputusan pmr 2013

Taipkan
PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888
Contoh
PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888

Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan pada pukul 10.00 pagi, 19 Disember 2013 ini hingga 11.59 malam, 25 Disember 2013.
Warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf berdoa dan mengharapkan keputusan yang bakal diperoleh meningkat dari tahun-tahun sebelumnya.

Monday 2 December 2013

MAKAN MALAM TAHUNAN, CM YUSUF 2013

Perkara : Makan Malam Tahunan, 2013.
Tempat : Hotel Heritage, Ipoh.
Tema Pakaian : Bollywood & Arab
Tarikh : 14 November 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 - 11.00 malam.




Juruacara pada malam tersebut; Cik Zarina dan Cik Firzada.

Ustaz Lukman mengetuai bacaan doa.


Tuan Pengetua, Tuan Haji Zulkifle Bin Othman hadir sama walaupun baru pulang dari mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah.
















 Pemenang acara KING & QUEEN : Puan Santha Kumari A/P Joseph
 Pemenang acara KING & QUEEN : En. Ahmad Redzuan Bin Ismail.





AJK Kelab Warga, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf 2013.

  • Hadiah cabutan bertuah dan KING & QUEEN disediakan oleh Cik Husna, Cik Farah dan Cik Firzada dilihat sebagai yang terbaik dan memenuhi kehendak majoriti.
  • Cendera hati (door gift) bagi seluruh warga CM Yusuf disediakan oleh Puan Adibah Hanim (agen) berupa Tupperware.
  • Kehadiran dianggarkan 70%.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...