Wednesday 22 January 2014

MAKMAL ICT KU YANG CERIA

Pengerusi : PengetuaTn. Hj. Zulkifle Bin Othman
Timbalan Pengerusi  : Penolong Kanan Pentadbiran, Bersara
Timbalan Pengerusi I : PK HEM, En. Saiful Al Yazan Bin Abd Aziz
Timbalan Pengerusi II : PK KOKU, En. Zainuddin Bin Ismail 
Timbalan Pengerusi III : PENYELIA PETANG, Pn. Fasiah Hanum Bt. Mohd Termizi
Setiausaha : En. Muhammad Arif Johari Bin Dzulkifli
Penyelaras ICT : En. Mohd Sofian Bin Aziz
Penyelenggara : En. Rizal Bin Ramsah
APDM : 1. Pn. Nor Hamira Bt. Hasim
            2. Pn. Lijawati Bt. Jamil







PERATURAN MAKMAL KOMPUTER
  1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
  2. Dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  3. Disket dan pendrive dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas (scan virus) terlebih dahulu.
  4. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  5. Guru yang ingin menggunakan makmal komputer hendaklah mengisi Buku Log Penggunaan Makmal Komputer.
  6. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
  7. Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada Guru Penyelaras Bestari atau Juruteknik yang bertugas. Tutup mana-mana suis yang perlu.
  8. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada Guru Penyelaras Bestari atau Juruteknik yang bertugas.
  9. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
  10. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi  unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
  11. Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
  12. Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
  13. Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket atau pendrive, tidak boleh disimpan dalam cakera keras (HD).
  14. Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh Juruteknik
  15. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

Tuesday 21 January 2014

YURAN TAHUNAN KELAB WARGA CMY 2014

Setelah perbincangan dan undian dibuat, mesyuarat Kelab Warga 2014 telah memutuskan bahawa yuran tahunan bagi setiap ahlinya adalah seperti ketetapan berikut :

YURAN TAHUNAN :

Guru : RM100.00
Staf : RM50.00
Pekerja Swasta : RM30.00

Baki kewangan tahun 2013 yang dibawa ke tahun 2014 adalah sebanyak RM1150.00.

Walaubagaimana pun, jika terdapat sebarang program yang memerlukan dana segera seperti Majlis Perpisahan, Kematian dan sebagainya, kutipan kilat akan dibuat.



Sunday 19 January 2014

KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT PRA PELAKSANAAN PBPPP

Minta perhatian kepada semua Pengetua Guru Besar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan,

KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT DALAM PRA PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) DI SEKOLAH DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berkaitan perkara di atas. 

2. Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) sedang menjalankan kajian keberkesanan maklumat yang disebarkan dan mengenal pasti isu-isu berbangkit semasa pra pelaksanaan PBPPP. Kajian ini dijalankan di sekolah dan PPD secara atas talian. Responden kajian adalah
a) Semua pegawai-pegawai PPD yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP;
b) Semua pengetua, guru besar, dan guru di sekolah yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP.

3. Kami mohon kerjasama pegawai PPD, pengetua, guru besar, dan guru yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP untuk melengkapkan soal selidik secara atas talian pada link berikut:
 
4. Sila lengkapkan soal selidik ini pada atau sebelum 31 Januari 2014.

5. Sehubungan itu, kami juga mohon kerjasama pihak tuan untuk panjangkan e-mel ini kepada semua pegawai PPD yang terlibat serta sekolah-sekolah di bawah seliaan pihak tuan.

6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sabariah binti Abdul Kadir pada talian 03 8317 9000/9113 atau e-mel: sabariah.abd.moe@1govuc.gov.my.

7. Sebagai makluman, mengikut data sistem e-Prestasi yang digunakan dalam pra pelaksanaan PBPPP, sehingga 19 Disember 2013, seramai 31,966 orang telah selesai melaksanakan pra PBPPP dalam talian.

8. Atas segala kerjasama tuan berikan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. 

Sabariah Abdul Kadir
Penolong Setiausaha
Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 7 January 2014

AJK KELAB WARGA SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF, SESI 2014

En. Syamsul Anuar Bin Mustafa Kamal selaku Pengerusi Kelab Warga bagi tahun 2014 memberi sepatah dua kata sempena perlantikannya pada 31 Disember 2013. Beliau dilantik menggantikan pengerusi terdahulu (2013) Cik Hazwani Husna Binti Abdul Latiff. 

Pengerusi : Syamsul Anuar Bin Mustafa Kamal
Timbalan Pengerusi : Adibah Hanim Binti Abdul Razak
Setiausaha : Lijawati Binti Jamil
Penolong Setiausaha : Noor Hasliza Bt A Samad
Bendahari : Ahmad Abdullah Bin Osman
Penolong Bendahari : Muhammad Redhuwan Bin Zakaria
AJK :
1. Siti Rohana Binti Saidudin
2. Mohamad Aminuddin Bin Tamyazi
3. Nor Hamira Binti Hasim
4. Ahmad Nazri Bin Abd Sukor
5. Mohd Zarulhafiz Bin Abdul Razak
6. Khairull Anuar Bin Abdul Rani
7. Safinar Bt Mohamed Sabri
8. Puan Ramlah Binti Mohd Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...