Friday 28 February 2014

MAJLIS BACAAN YASIN

Perkara : Majlis Bacaan Yasin.
Tempat : Dewan Sri Tualang.
Masa : 7.30-8.10 pagi.



  • Seusai bacaan Surah Yasin, majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Cikgu Redzuan.
  • Pelajar Cina, India, Asli dan Singh diberikan sesi kaunseling di hadapan Astaka.

Wednesday 26 February 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2014 DI RINDU ALAM, AYER TAWAR.

Program : Kem Kepimpinan Pengawas
Tarikh : 21, 22 dan 23 Februari 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Tempat : Rindu Alam, Ayer Tawar

 Jumaat : Para peserta membuat persembahan pertama dengan memperlihatkan logo bagi setiap kumpulan.
 Barisan juri terdiri daripada kiri, En.Sofian, En.Abdullah En.Nazri dan Puan Fadzilah.
Cikgu Adibah bangkit menanyakan beberapa soalan kepada kumpulan yang sedang membuat persembahan.
 Penceramah luar, En.Wahid dari SMK Toh Indera Wangsa Ahmad.
 Dari kiri : En.Sofian (Penolong Kem Komandan) dan En.Redzuan (Ketua Kem Komandan).
 Postmortem dijalankan pada setiap malam.
Sabtu : Eksplorasi - Setiap kumpulan perlu melengkapkan tugasan pada setiap checkpoint yang dikendalikan oleh guru/fasilitator.
Latihan kawad kaki dijalankan pada sebelah petang.
Keindahan alam yang mendamaikan.
Kawasan pertembungan antara air sungai dan laut.
Ahad : Majlis Penutupan.
Majlis Penutupan disempurnakan oleh En.Saiful Al-Yazan sebagai menggantikan Tuan Pengetua, Tuan Haji Zulkifle Bin Othman yang sedang berkursus di Institut Aminuddin Baki (IAB).
Para peserta berangkat pulang pada pukul 10.30 pagi.
Gambar : En.Muhammad Arif Johari

  1. Pujian harus diberikan terhadap pengusaha kantin Rindu Alam kerana menyediakan juadah tepat pada masanya.
  2. Terdapat beberapa kejadian mistik berlaku, tetapi berjaya diatasi.
  3. Jumlah penglibatan guru agak memuaskan. Diharapkan lebih ramai guru dapat ikut serta dalam program luar sekolah dimasa akan datang.
  4. Program luar sekolah terbukti berjaya memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan guru dengan guru.

Tuesday 25 February 2014

KENALI JABATAN PENDIDIKAN PERAK (JPN) DAN SEISINYA.

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Profil Jabatan
JabatanJabatan Pendidikan Perak
Ketua JabatanPengarah
Tn. Hj. Muhamat Roli Bin Hj. Hassan
AlamatJalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Nombor Telefon05-5015000
Nombor Faks05-5277273
Laman Webhttp://www.moe.gov.my/jpnperak
Alamat E-melwebmaster.perak@moe.gov.my

VISI
"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"


MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


SEJARAH
Sejarah Jabatan Pendidikan (Pelajaran)Perak telah pada mulanya telah dilakar pada tahun 1890an dengantertubuhnya jabatan tersebut di Taiping dan ditempatkan di CentralSchool Taiping. Pada mulanya Encik H.B College mengetuainya denganmemegang jawatan sebagai Nazir Sekolah-sekolah.
Sehingga tahun 1930, Pentadbiran Negeri Perak telah beberapakali disusun sehingga akhirnya terdapat jawatan utama seperti NazirSekolah-sekolah, Guru-guru Pelawat Sekolaj Melayu, “Art Supritendant ofPhysical Education”, Penolong Pelawat Sekolah-sekolah Tamil dan“Domestic Science Mistress”.
Selepas Perang Dunia Ke-2, jawatan Ketua Pentadbiran JabatanPendidikan (Pelajaran) bertukar menjadi Nazir Kanan Sekolah-Sekolah.Pentadbirannya dipindahkan ke Ipoh bertempat di tapak PejabatSetiausaha Kerajaan Negeri. Selepas itu, pejabat tersebut dipindahkanlagi ke bangunan bekas Mahkamah Tinggi di Jalan Tun Abdul Razak,bangunan tertua di kompleks Jabatan Pendidikan Perak sekarang.
Pada tahun 1953, jawatan Nazir kanan Sekolah-sekolah telahdiubah menjadi “Chief Education Officer”. Jawatan tersebut dibantu olehbeberapa Pengelola Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil termasukpenolong-penolong mereka dan kakitangan perkeranian.
Dalam tahun 1954, Jabatan Pendidikan telah menyusun semulastruktur pentadbiran sekolah-sekolah Melayu dengan memberi perhatianyang lebih kepada Wilayah Perak Utara dan Selatan. Tugas dantanggungjawab Nazir Sekolah-sekolah Melayu dan Guru-guru Pelawat telahbertambah disebabkan oleh pertambahan sekolah.
Selepas negara menyambut hari kemerdekaan yang pertama,sistem dan organisasi pentadbiran semakin mantap dan sesuai dengankehendak Dasar Pelajaran Kebangsaan berikutan dengan wujudnya LaporanRazak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Pada sekitar tahun 1960an, satu rombakan yang melibatkan pentadbiran Sekolah-sekolah Melayu telah dibuat.
Pada tahun 1980an, penyusunan semula sistem pengurusan danpentadbiran Pendidikan telah berlaku. Beberapa bahagian di jabatantelah diperkemaskan dan kakitangan turut bertambah mengikut fungsi dantugas di setiap bahagian. Pada 1 Jun 1982, Pejabat Pendidikan DaerahPerak telah ditubuhkan dengan tujuan membantu melicinkan urusanpendidikan di peringkat daerah di seluruh negeri Perak.
Selaras dengan itu, penyusunan semula Struktur BaruKementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak telah disusunsemula pada tahun ini (2007) dan ia terdiri daripada dari 8 sektor dan 2 unit berikut:-
  • Sektor Pengurusan Akademik
  • Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan;
  • Sektor Pendidikan Islam
  • Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan
  • Sektor Pengurusan Sekolah
  • Sektor Penilaian dan Peperiksaan
  • Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
  • Sektor Jaminan Kualiti
  • Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
  • Sektor Psikologi dan Kaunseling


PEGAWAI KANAN JABATAN
PEGAWAI KANAN JABATAN

PENGARAH PELAJARAN NEGERI PERAK
TN. HJ. MUHAMAT ROLI BIN HJ. HASSAN
roli.hassan@moe.gov.my

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI PERAK
TN. HJ. MOHD IDRIS BIN RAMLI
idris.ramli@moe.gov.my

KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
EN.RAZAK BIN MOHD NUR
razak.nur@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN SWASTA
EN. AZNAN BIN HJ. ALIAS
aznan.alias@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN DAN KEMANUSIAAN
TN.HJ ROZI BIN PUTEH ISMAIL
rozi.puteh@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
EN. ABDUL MAJID BIN YUSOF
majid.yusuf@moe.gov.my

KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI
TN. HJ. MAT LAZIM BIN IDRIS
mlazim.idris@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
EN. AZMI BIN DAHALI
azmi.dahali@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
HAJI MUHAMMAD NAWAWI BIN YAAKOB
nawawi.yaakob@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
HAJAH SALMIAH BINTI SABRAN
salmiah.sabran@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)
TN. HJ. MOHAMAD FADZLI BIN HAJI TARMIJI
fadzli.tarmiji@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
PN. KHADIJAH BT MOHD ZAHARI
khadijah.mohd@moe.gov.my


PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Jabatan Pelajaran Perak Dengan Penuh Tekun Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :
  • Melaksanakan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar.
     
  • Memastikan bekalan guru ke sekolah-sekolah mencukupi.
     
  • Melaksanakan konsep Pendemokrasian Pendidikan dengan menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.
     
  • Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti dan selaras berasaskan kurikulum kebangsaan.
     
  • Memastikan semua guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terkini secara sistematik.
  • Memastikan setiap sekolah melaksanakan pelan peningkatan prestasi akademik bagi menjamin peningkatan yang berterusan dalam prestasi peperiksaan awam.
  • Memastikan wujudnya Iklim Dini di semua pendidikan.
  • Memastikan peperiksaan awam diurus secara sistematik dan mematuhi prosedur.
  • Memastikan warga sekolah dan persekitarannya bersih, ceria, selamat, sihat dan berkualiti.
  • Memastikan murid-murid mematuhi peraturan dan tatacara persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Memastikan setiap murid menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah.
  • Memastikan murid dan warga pendidikan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah serta berupaya menjauhi dan menentangnya.
  • Memastikan semua sekolah dibekalkan dengan peralatan atau kemudahan asas yang cukup.
  • Memastikan semua urusan perkhidmatan dan maklumat anggota perkhidmatan pendidikan lengkap dan teratur.
  • Memastikan semua warga pendidikan mendapat maklumat yang tepat dan cepat tentang peluang-peluang untuk peningkatan kerjaya.



PEJABAT PELAJARAN DAERAH DI NEGERI PERAK
PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATANG PADANG
Jalan Pahang,
35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-4011363 Faks : 05-4013527
Laman Web : http://www.ppdbatangpadang.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MANJUNG
Lorong Selamat,
32000 Sitiawan,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-6911763 Faks : 05-6919200
Laman web : http://www.ppdmanjung.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA UTARA
Leboh Cator,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-2544877 Faks:05-2419154
Laman web : http://www.ppdkinta.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KERIAN
Jalan Permai Utama,
Taman Kerian Permai,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-7161302 Faks:05-7160468
Laman web : http://www.ppdkerian.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR
Jalan Tun Abdul Razak,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-7761184 Faks:05-7761188
Laman web : http://www.ppdkualakangsar.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK
Jalan Maharajalela,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-6221970 Faks:05-6214904
Laman web : http://www.ppdhilirperak.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH LARUT MATANG & SELAMA
Seri Didik,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-8084119 Faks:05-8080660
Laman web : http://www.ppdlms.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU PERAK
Jalan Haji Meor Yahya,
33300 Gerik,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 057912153  Faks:05-7912162
Laman web : http://www.ppdhuluperak.gov.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PERAK TENGAH
Seri Iskandar,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-3711273 Faks:05-3711271
Laman web : http://www.ppdperaktengah.edu.my

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA SELATAN
Jalan Kuala Dipang,
31900, Kampar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-4650521 Faks:05-4650519
Laman web : http://www.ppdks.gov.my

Monday 17 February 2014

PERMOHONAN MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER UNTUK BENGKEL eSPKWS

Unik Kewangan, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan akan mengadakan Bengkel Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) mengikut tarikh dan ketetapan berikut :

Tarikh : 26-27 Februari 2014 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.
  • Wakil PPD Kinta Selatan, En. Nor Jamali hadir sendiri ke Makmal ICT pada 10 Februari 2014 (Isnin) untuk meninjau dan membuat tempahan bilik. 2 minggu awal dari tarikh bengkel berlansung.
  • Beliau berpuas dan memuji keadaan makmal komputer yang bersih dan kemas (dikelolakan oleh En. Sahrizal Bin Ramsah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...