Friday 17 October 2014

LOGIN TO FROG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Guru yang pertama kali login page FROG selalunya akan menghadapi masalah untuk mencari alamat URL dengan tepat.
Di sini, guru cuma perlu klik pautan yang saya sediakan di bawah dan isikan YES ID dan Password.
Selamat mencuba.



Saranan saya ialah, seusai guru dapat masuk ke "page login", jangan lupa untuk klik butang "Bookmark this page".

Monday 13 October 2014

PERINGATAN PENTING : TIADA SYARIKAT YANG DILANTIK OLEH JPN UNTUK MELUPUSKAN PERALATAN ICT


Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,
Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Perak,

TIADA SYARIKAT YANG DILANTIK OLEH JPN UNTUK MELUPUSKAN PERALATAN ICT DI PPD DAN SEKOLAH
Adalah dimaklumkan JPN Perak tidak melantik mana-mana syarikat untuk melupuskan peralatan ICT di PPD dan sekolah.
Sehubungan dengan itu, jika terdapat mana-mana pihak mengunjungi premis tuan dengan tujuan melupuskan peralatan ICT tersebut sila mengambil langkah-langkah berikut :
  1. Mendapatkan maklumat nama, nombor kad pengenalan, maklumat syarikat, nombor telefon (no. hp & no. pejabat).
  2. Sila photostat kad pengenalan individu tersebut.
  3. Hubungi PPD ICT atau Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN untuk pengesahan.

Pihak sekolah boleh merujuk Tatacara Pelupusan Peralatan ICT di pautan berikut :
TATACARA PELUPUSAN PERALATAN ICT

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) dengan kerjasama Unit ICT PPD

BAHAN TAKLIMAT / CERAMAH LADAP MODUL KEDATANGAN MURID DALAM SPS



Kepada

Semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Berikut dilampirkan bahan-bahan taklimat dan format borang aduan SPS untuk tindakan dan kegunaan tuan/puan.
3.      Sebarang kekurang atau masalah berkaitan dengan pengoperasian Modul-modul Dalam SPS (Modul 1 hingga  Modul 5), tuan/puan boleh berhubung terus dengan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) kelompok masing-masing.
4.      Sila muatturun maklumat berkenaan di bawah untuk tujuan LADAP.

Klik pautan di bawah :









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...