Bertempat di Dewan Sri Tualang (SMK Dato' Bendahara CM Yusuf), telah berlansung Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43.
Tarikh : 24 Mac 2012.
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi
Kehadiran ibu bapa dan penjaga mencatatkan rekod yang amat membanggakan. Ini mungkin disebabkan terdapat beberapa program yang diatur berjaya menarik perhatian mereka ke mesyuarat tersebut.
Antaranya :
- Seminar keibubapaan
- Cabutan bertuah
- Pertandingan mewarna (bawah 12 tahun)
- Jamuan
 |
Dekorasi pentas dikendalikan oleh Guru Cemerlang En. P.Sammuddin |
 |
Puan Bainah bersama Datin Normah Hanum meninjau proses pendaftaran peserta. |
 |
Pertandingan mewarna disertai oleh kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. |
 |
Si Cilik ini termanggu seketika sewaktu gambarnya diambil. |
 |
Seminar keibubapaan berjalan dengan lancar. |
 |
Datin Normah Hanum menyampaikan cenderahati kepada penceramah. |
 |
Sesi soal jawab bermula. |
 |
Puan Bainah tenang menjawab persoalan dan pandangan yang diajukan oleh wakil dari pihak ibubapa. |
 |
Hadiah disediakan kepada pemenang acara Mari Mewarna. |
 |
"Nombor aku naik..!". Mungkin itu yang diteriakkan oleh En. Alon sewaktu menerima hadiah cabutan bertuah. |
Ehsan gambar : En. Sofian
Nota kaki : Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibubapa yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini. Perlantikan AJK 2012 dibuat dengan menamakan semula senarai AJK PIBG 2011. Semua pihak berpuas hati.