Saturday 21 April 2012

PERTUKARAN SETARA

Selamat datang diucapkan kepada PK Pentadbiran yang baru.
Warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf mengalu-alukan kehadiran TN. HAJI MOHD. ZAINE BIN JAAFAR sebagai menggantikan tempat Cik Hjh Suria Binti Syarif yang dilaporkan bertukar ke SMK Seri Teja.
Pertukaran tersebut berkuatkuasa 1 April 2012 (Pertukaran Setara).

Kelulusan Ikhtisas : BACHELOR PENDIDIKAN PENGAJIAN KESUSASTERAAN MELAYU (UPM), Tahun 1989
Negeri Kelahiran : Perak
Sekolah Terdahulu : SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD, Batu Gajah, Perak.



Nota kaki : Warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf mengucapkan Selamat Berkhidmat kepada Cikgu Mohd Zaine. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. 

TEMA HARI GURU



Tema Hari Guru


2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara 

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


LOGO HARI GURU
Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak 
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning 
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa     erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
 - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru 
- Menunjukkan perpaduan muhibah.


Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Wednesday 11 April 2012

BAHAN² KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI


Berikut disediakan bahan-bahan berkaitan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi.
Sila klik pada pautan di bawah.


SYARAT DAN PERATURAN  KARNIVAL SAINS

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-43 (2012)

Bertempat di Dewan Sri Tualang (SMK Dato' Bendahara CM Yusuf), telah berlansung Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. 
                                                               Tarikh   : 24 Mac 2012.
                                                               Hari      : Sabtu
                                                               Masa    : 8 pagi

Kehadiran ibu bapa dan penjaga mencatatkan rekod yang amat membanggakan. Ini mungkin disebabkan terdapat beberapa program yang diatur berjaya menarik perhatian mereka ke mesyuarat tersebut.
Antaranya :
  • Seminar keibubapaan
  • Cabutan bertuah
  • Pertandingan mewarna (bawah 12 tahun)
  • Jamuan

Dekorasi pentas dikendalikan oleh Guru Cemerlang En. P.Sammuddin

Puan Bainah bersama Datin Normah Hanum meninjau proses pendaftaran peserta.

Pertandingan mewarna disertai oleh kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Si Cilik ini termanggu seketika sewaktu gambarnya diambil.

Seminar keibubapaan berjalan dengan lancar.

Datin Normah Hanum menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Sesi soal jawab bermula.

Puan Bainah tenang menjawab persoalan dan pandangan yang diajukan oleh wakil dari pihak ibubapa.

Hadiah disediakan kepada pemenang acara Mari Mewarna.

"Nombor aku naik..!". Mungkin itu yang diteriakkan oleh En. Alon sewaktu menerima hadiah cabutan bertuah. 

Ehsan gambar : En. Sofian

Nota kaki : Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibubapa yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini. Perlantikan AJK 2012 dibuat dengan menamakan semula senarai AJK PIBG 2011. Semua pihak berpuas hati.

Sunday 8 April 2012

CUTI UMUM HARI PERTABALAN DYMM YANG DI PERTUAN AGONG

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Selatan.
Tuan

CUTI UMUM HARI PERTABALAN DYMM YANG DI PERTUAN AGONG 

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tarikh 11 APRIL 2012 (RABU) adalah Cuti Umumbersempena dengan Hari Pertabalan DYMM Yang DiPertuan Agong. Untuk rujukan sila layari Portal www.kabinet.gov.my. Sekian, terima kasih.

Nota kaki : Manfaatkan kesempatan bercuti dengan sebaiknya.

Friday 6 April 2012

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2011

Nota kaki : Majlis Anugerah yang diadakan pada hari jumaat (cuti peristiwa) telah berjalan dengan jayanya. Gambar akan diupload secepat mungkin.

Monday 2 April 2012

TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA (PENDIDIKAN) DI IPTA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan Nov / Dis 2010 dan Semester 1 2011  untuk mendapatkan tawaran  Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah  KPM. Permohonan boleh dibuat secara atas talian / online melalui  laman web KPM di alamat URL: http://apps.moe.gov.my/ijazah1/.
Permohonan secara atas talian / online dibuka mulai
2 April 2012 hingga 30 April 2012


Diterbitkan Oleh: Bahagian Tajaan Pendidikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...