Monday 29 September 2014

KAJIAN IMPAK PENATARAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PERUBAHAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 – 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK

Kepada,
Semua pegawai dan Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah,
Semua guru dan Kakitangan Sekolah Menengah,
Semua guru dan Kakitangan Sekolah Rendah,
Daerah Kinta Selatan.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Kajian Impak Penataran Maklumat Dan Pengurusan Perubahan (PMPP) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Jabatan Pendidikan Perak  akan melaksananakan Kajian Impak mulai 22 September hingga 4 Oktober 2014.
2.  Kajian ini dilaksanakan bagi memastikan semua warga pendidik di negeri Perak tahu dan faham tentang pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), serta ada kemahuan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan di semua peringkat dengan merujuk laman web http://pendidikanperak.gov.my/pppm/
3.  Sehubungan dengan itu,  semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar, guru dan kakitangan bukan guru di semua daerah perlu melaksanakan Kajian Impak ini. Mohon semua pegawai, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mematuhi jadual pelaksanaan Kajian Impak PPPM bagi mengelakkan kesesakan semasa mengakses laman ini.
TARIKH 22 HINGGA 28 SEPTEMBER 2014
  1. Larut Matang & Selama
  2. Hulu Perak
  3. Kuala Kangsar
  4. Perak Tengah
  5. Kerian
TARIKH 29 SEPTEMBER 2014 - 4 OKTOBER 2014
  1. Kinta Utara
  2. Kinta Selatan
  3. Manjung
  4. Batang Padang
  5. Hilir Perak
TARIKH 6 - 13 OKTOBER 2014
Pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Sebarang pertanyaan sila hubungi  pegawai-pegawai berikut:
Puan  Noor Lailie bt Yeop Mohd Yunus (05-2414000smbgn 106)
Encik Zoraimi bin Shariff  ( 019-4547286 )
Encik Yusman bin Hashim (012-4691945 )
  
Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  
Sila klik pautan di bawah untuk melaksanakan Kajian Impak PPPM

Tuesday 23 September 2014

MALAM KESENIAN ISLAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
SMK Dato' Bendahara CM Yusuf akan menganjurkan program Malam Kesenian Islam (MKI) pada tarikh 27.9.2014.
Sehubungan dengan itu,
Tuan Puan dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan program tersebut.
Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut :

Tuesday 9 September 2014

PERMOHONAN GURU GANTI 2014

Permohonan Guru Ganti Sekolah Menengah telah dibuka semula berkuat kuasa mulai 25 Ogos 2014. Semua permohonan sama ada oleh Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah akan diproses mengikut kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut dan muat turun bahan berkaitan.

Unit Pengurusan Sekolah (KGSK/GSTT/GG)
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

Latar Belakang
Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu. Bagi mengisi kekosongan sementara ini, Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan.

Definisi Guru Ganti
Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan. Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

Tugas Guru Ganti
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Taraf Perkhidmatan dan Kadar Upah Guru Ganti
Guru Ganti adalah bertaraf Pekerja Sambilan Harian dan kadar upah ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik (dibuktikan melalui dokumen yang sah) yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan.
Tempoh bertugas Guru Ganti tidak boleh melebihi 3 (tiga) bulan dari tarikh lantikan.
Kadar upah adalah seperti berikut:
Pusat Tanggungjawab
Pejabat Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik Guru Ganti yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah berkenaan.
Bayaran upah bagi Guru Ganti ini diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.

Kelayakan Individu Untuk Memohon Jawatan Sebagai Guru Ganti
Warganegara Malaysia.
Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
Berumur antara 18 - 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 - 35 tahun (Siswazah).
Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).

Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
Permohonan Guru Ganti oleh sekolah adalah tertakluk kepada KEKOSONGAN SEMENTARA guru tetap yang SEDIA ADA di sekolah atas sebab Cuti Bersalin, Cuti Sakit, Cuti Rehat Khas, Cuti Tanpa Gaji, Menghadiri Kursus, Bertugas Kokurikulum & Koakademik JPN, Menunaikan Haji / Umrah dan lain-lain (kedudukan perkhidmatan yang termasuk dalam kiraan kerana dianggap masih berada di sekolah). Walau bagaimanapun kelulusan penempatan adalah tertakluk kepada Peruntukan Waran Guru Ganti dan Waran Perjawatan Tahun Semasa.
Permohonan Guru Ganti TIDAK BOLEH digunakan bagi mengisi KEKOSONGAN PERJAWATAN guru tetap yang BELUM DIISI atau DIKOSONGKAN atas sebab persaraan, pertukaran, kenaikan pangkat, lanjut pelajaran bergaji penuh / separuh dan lain-lain (kedudukan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam kiraan kerana dianggap tiada di sekolah).

                                                  Muat Turun                                                 
Borang Permohonan Individu
Borang GG2014-C : Borang Permohonan Jawatan Guru Ganti 2014
Borang Permohonan Sekolah
Borang GG2014-S : Borang Permohonan Guru Ganti 2014
Borang GG2014-P : Borang Pemantauan Guru Ganti 2014
Garis Panduan & Pekeliling Berkaitan
Kedudukan Perkhidmatan Guru : Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
PP Bil. 14 Tahun 2010 : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
PP Bil. 3 Tahun 2011 : Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi:

Encik Kusaini bin Zulkafli
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (KGSK/GSTT/GG)
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
Tel: 05-2544877 / 2427293 ext 106
E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com

Sunday 7 September 2014

AMANAT PEGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK MENJELANG PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2014

SEMUA GURU BESAR,
SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGERI PERAK.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa pada 9 September sehingga 11 September 2014 akan berlangsungnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2014.  Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan kerjasama semasa peperiksaan berlangsung.  Di samping itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan motivasi dan semangat dari aspek mental, fizikal dan rohani kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan tersebut.

3.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah iaitu :
  1. Mengedarkan jadual waktu UPSR kepada setiap calon.
  2. Memberi talimat tentang garis panduan dan arahan peperiksaan yang dinyatakan   dalam jadual waktu.
  3. Memastikan dewan dan bilik peperiksaan berada dalam keadaan kondusif.
  4. Memastikan persekitaran tiada gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan calon.
  5. Memastikan keselamatan sekolah semasa peperiksaan berlangsung.
  6. Bersedia sebarang kemungkinan kes-kes di luar jangka.
  7. Memastikan tiada apa-apa maklumat berkaitan perjalanan peperiksaan diberikan kepada pihak awam dan media
  8. Menyediakan guru yang bersedia untuk bertugas membantu pengawas peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung.
4.  Dikesempatan ini saya berharap sasaran tempat lima teratas keputusan peperiksaan UPSR 2014 tercapai.  Di samping itu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan Perak kerana banyak membantu Jabatan Pendidikan Negeri Perak dari aspek kewangan bagi menjalankan program-program meningkatkan prestasi murid-murid.  Tidak lupa juga kepada pentadbir sekolah dan guru-guru yang telah banyak berkorban tenaga dan masa untuk memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 pada tahun ini.  Saya mendoakan agar sekolah tuan memperoleh keputusan yang cemerlang pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


(HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, PMP., AMP.)
 Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Tuesday 2 September 2014

PERTUKARAN GURU 2015

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2014.

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Daerah atau Bahagian masing-masing untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum permohonan pertukaran dibuka.

Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan e-GTukar. (dapatkan no. telefon di 'Bantuan').

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

Sekian dimaklumkan.

Pautan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...