Wednesday 19 November 2014

SEKOLAH KU CERIA

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah amat penting bagi meningkatkan mutu pendidikan.
Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.

Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

Objektif Program Keceriaan Sekolah
  • Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis (kondusif).
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan sekolah.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap kewujudan institusi pendidikan mereka.
  • Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah.
  • Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran dikalangan pelajar.

POT LUCK SEMPENA PERTUKARAN PENGETUA


Tuan Pengetua, Tuan Haji Zulifle Bin Othman akan bertukar ke SMK Simpang Pulai berkuatkuasa 21 November 2014 (Jumaat).
"Pot Luck" sempena pertukaran Tuan Pengetua akan diadakan pada ketetapan berikut :

Wednesday 12 November 2014

PEMBATALAN HARI CUTI UMUM BAGI NEGERI PERAK

SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR

Tuan,

PEMBATALAN HARI CUTI UMUM BAGI NEGERI PERAK

Sukacita merujuk surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak Darul Ridzuan rujukan : PSUK.PK.(BKP)(S) 1A 355/725/34 Jld. 3 bertarikh 31 Oktober 2014.

2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 1796 bertarikh 30 Oktober 2014 telah bersetuju membatalkan penetapan cuti umum Negeri Perak pada 27 November 2014.  Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk rujukan tuan.

Sekian terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, PMP., AMP.)
Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

1. Surat Arahan SUK

Tuesday 11 November 2014

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH BERSAMA PU YEOP

Sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz PU Yeop.

Ceramah PU Yeop berlansung santai, tidak terlalu berprotokol (rasmi), penuh dengan lawak ketawa dan gurau senda tetapi sarat dengan ilmu dan pengajaran.
Ditambah pula dengan pengucapan isi dalam loghat Perak, beliau berjaya mencuit penonton.
Ehsan Gambar : Puan Siti Mariam Binti Mohd Aris

Monday 10 November 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH BERSAMA PU YEOP


Ustaz Mohd Zainudin B. Mohamed Zaini
(Diploma Tahfiz Quraan Wal Qiraati)
Program : Majlis Sambutan Maal Hijrah
Penceramah : PU Yeop (Pencetus Ummah)
Hari : Selasa
Tarikh : 11 November 2014
Tempat : Dewan Seri Tualang
Masa : 11.00 pagi - 1.40 petang

Tuesday 4 November 2014

LATIHAN KEBAKARAN & PANDUAN LATIHAN KEBAKARAN DI SEKOLAH

Program : Latihan Kebakaran.
Tarikh : 6 Ogos 2014
Pengendali Program : En. Ahmad Faizal Bin Muhamad Zabari























Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua sesi persekolahan. Segala maklumat berkenaan panduan mengosongkan bangunan ada dilampirkan di dalam setiap kelas dan bilik-bilik khas.

Berikut adalah panduan untuk mengosongkan bangunan:
  
PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

  1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI, operasi mengosongkan bangunan akan dimulakan.
  2. Semua murid hendaklah :
    1. berhenti daripada membuat sebarang kerja.
    2. berdiri dengan tenang.
    3. membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
    4. mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
    5. guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
    6. semua penghuni diberi masa 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
  3. Bagi murid, guru dan kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
  4. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
  5. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
  6. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
  7. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
  8. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
  9. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
  10. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
  11. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf juga harus berada di tapak selamat.
  12. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
  13. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
  14. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
  15. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.
 TUGAS GURU KELAS

  1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
  2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
  3. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
  4. Menolong mengawal disiplin murid semasa berada di tapak selamat. 
TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR

  1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak selamat.
  2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat
 TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS


  1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.
  2. Tutup semua suis elektrik dan pintu.
  3. Iringi murid ke tapak selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...