Program : Latihan Kebakaran.
Tarikh : 6 Ogos 2014
Pengendali Program : En. Ahmad Faizal Bin Muhamad Zabari
Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada
penggal pertama dan sekali pada penggal kedua sesi persekolahan. Segala
maklumat berkenaan panduan mengosongkan bangunan ada dilampirkan di dalam setiap
kelas dan bilik-bilik khas.
Berikut adalah panduan untuk mengosongkan bangunan:
PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN
- Apabila murid mendengar
loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI, operasi mengosongkan
bangunan akan dimulakan.
- Semua murid hendaklah :
- berhenti daripada membuat sebarang kerja.
- berdiri dengan tenang.
- membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
- mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
- guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
- semua penghuni diberi masa 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
- Bagi murid, guru dan kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
- Murid-murid dinasihatkan
supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya
dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
- Guru yang mengajar pada masa
itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan
kadar segera.
- Guru dan ketua kelas perlu
mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan
menyelamatkan diri.
- Bagi murid -murid yang tidak
berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti
berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke
tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang
lain.
- Apabila sampai di tapak
selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang
telah ditetapkan.
- Guru kelas akan memastikan
semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan
Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid
yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
- Jika terdapat murid yang
tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah
serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
- Pihak pentadbir, kakitangan
pejabat, staf sokongan dan semua warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf juga harus
berada di tapak selamat.
- Kakitangan pejabat akan
membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
- Tidak seorang pun dibenarkan
masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
- Guru-guru dan kakitangan
sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
- Sekiranya semua berjalan
dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.
TUGAS GURU KELAS
- Mengawal pergerakan murid
meninggalkan bangunan.
- Mengenalpasti kehadiran
murid pada waktu pertama pada hari latihan.
- Mengambil kehadiran murid
semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
- Menolong mengawal disiplin murid semasa berada di tapak selamat.
TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR
- Berhenti mengajar dan
mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak selamat.
- Mengawal disiplin murid
semasa perjalanan ke tapak selamat
TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS
- Arahkan semua murid keluar
dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.
- Tutup semua suis elektrik
dan pintu.
- Iringi murid ke tapak
selamat.
No comments:
Post a Comment