Wednesday 20 March 2013

PENEMPATAN PENOLONG PPD PBS DAERAH KINTA SELATAN


Kepada:
Pengetua / Guru Besar/ SU PBS Sekolah
Daerah Kinta Selatan
PEMBERITAHUAN PENEMPATAN PENOLONG PPD (PBS ) DAERAH KINTA SELATAN
Adalah dimaklumkan mulai 1 Mac 2013  semua urusan PBS Daerah akan diuruskan oleh En Ghazali bin Hashim menggantikan En. Nor Din bin Mohamed Salleh yang akan menguruskan peperiksaan awam daerah sahaja.
Sebarang pertanyaan berkaitan PBS,  sila hubungi En. Ghazali bin Hashim di talian 013-4001410.
Sekian dimaklumkan.

BACAAN SURAH AL-FATIHAH DAN BERTAFAKUR


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.

Dimaklumkan bahawa pihak kerajaan telah memutuskan, berikutan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan beberapa lokasi lain di Sabah, 
Semua acara rasmi Kerajaan
 hendaklah
 dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bertafakur bagi mengingati jasa dan pengorbanan perwira-perwira negara yang telah gugur dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan negara.


Sekian, terima kasih.

Tuesday 12 March 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH KINTA SELATAN 2013

Tempat : Astaka SMK Dato' Bendahara CM Yusuf (Tuan Rumah Kali Ke 2)
Tarikh   : 23 Februari 2013 (Sabtu)
Masa    : 7.30 - 11.00 pagi

 
























Ehsan gambar : En. Mohd Sofian Bin Aziz

Monday 11 March 2013

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DI e-OPERASI


SEMUA PPD

SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.

Tuan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DI MODUL e-OPERASI SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2013

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan Surat Siaran KPM bertarikh 8 Februari dan 1 Mac 2013.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM sedang melaksana pengemakinian data maklumat melalui modul e-Operasi.  Tujuan utama pengemaskinian adalah untuk memperoleh data semasa sekolah berkaitan pengiraan keperluan guru mengikut opsyen dan juga pelaksanaan Pertukaran dan Penempatan Guru Jun 2013.

3.            Sehubungan itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah perlu melaksanakan pengemaskinian maklumat tersebut dan juga mematuhi jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

Bil.
Tarikh
Keterangan
Tindakan
Catatan
1.
1 – 20 MAC 2013
  1. PENGEMASKINIAN MAKLUMAT:
-        Guru
-        Kelas dan Enrolmen
-        Penawaran Subjek
-        Penawaran Subjek Elektif
-        BSKG
  1. PENGESAHAN
-        Pengesahan Maklumat Guru
-        Pengesahan Guru Lapor Diri
         (Guru Interim)
Guru dan PK1





PGB
Semua guru dikehendaki menyemak data masing-masing dan buat pengesahan.

Sebelum PGB membuat pengesahan, sila pastikan semua guru telah membuat pengesahan terlebih dahulu.
2.
21 – 27 MAC 2013
VERIFIKASI,  KEMASKINI DAN PENGESAHAN
PPD dan JPN
PPD perlu pastikan semua sekolah sudah membuat pengesahan sebelum pengesahan oleh PPD.
3.
28 – 30 MAC 2013
VERIFIKASI DAN KELULUSAN
BPSH dan BPSM


4.         Kerjasama pihak tuan memastikan pelaksanaan e-Operasi berjalan dengan lancer serta memenuhi keperluan data semasa semua Bahagian SOP, didahului dengan ucapan  terima kasih.
LAMPIRAN


Sekian dan harap maklum.
Terima kasih.

Sektor Pengurusan Sekolah
JPN Perak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...