Friday 30 September 2011

MAJLIS PERSARAAN EN. MOHAMAD HATIM B ZAKARIA

Bertempat di Astaka, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf, telah berlansung satu majlis persaraan guru. Guru yang dimaksudkan ialah En. Mohamad Hatim Bin Zakaria. Beliau dilihat sebagai seorang guru yang sangat rapat dengan pelajar serta mampu menyelami permasalahan pelajar dengan baik.

محمد حاتم بن زكريا
6 JAN 1975
hingga
 22 JUN 2011
MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 22 JUN 1953                                  
 Asal : Kampung Tengah, Kampung Gajah.              
 Sekolah : 1. SK Dato’ Sagor, Kpg Gajah (1960-1965)    
                 2. SM Dato’ Seri Maharajalela. (1966-1967)   
                 3. English Gov. School, Tapah (1968-1971)

SEJARAH PERKHIDMATAN                         
 1. Penempatan Pertama : (06/01/1975)                                                

  
   SMK ST MARY, SANDAKAN, SABAH.                  
 2. Pertukaran Setara : (01/01/1980)                 

     
SMK KHIR JOHARI, SG SUMUN, PERAK.               
 3. Pertukaran Setara : (01/01/1982)                      
     S
MK Dato’ Bendahara CM Yusuf, Tanjong Tualang.                             
 4. Naik Pangkat : (01/01/2008)                   
     
SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf, Tanjong Tualang.                                                                  

Tuesday 27 September 2011

TIP CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Kita perlu pastikan tubuh badan sentiasa cergas dan sihat.

Kaunselor SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf, En. Mohamad Aminuddin Bin Tamyazi dengan rasa prihatin ingin berkongsi beberapa tip untuk cemerlang dalam peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan - Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bakal menjelang tiba.

Kita semua sedia maklum bahawa pelbagai program diwujudkan bertujuan melengkapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Antaranya kelas tambahan, gerak gempur, bengkel mahupun PROGRAM PECUT yang diuruskan oleh guru dan pentadbir sekolah. Di samping itu para pelajar juga harus mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk melonjakkan prestasi dan potensi diri .

Berikut adalah beberapa tip berguna yang boleh diamalkan.

1. Semak jadual
Semak jadual peperiksaan bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna pelajar telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulangkaji bagi mengingati pelajaran yang lepas, selain mengelak dari terlupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, diharapkan pelajar tidak jemu untuk terus membuat ulangkaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan pelajar dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan pelajar kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang pelajar suka saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh pelajar gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran (practice make perfect, cewah). J
Apa pun cara yang digunakan, terpulang kepada pelajar asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, mungkin terdapat pelbagai dugaan yang wujud. Antaranya jiwa kacau bila putus cinta. Ketepikan segala perkara remeh. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Bagi yang beragama Islam, selepas menunaikan solat lima waktu berdoalah supaya Allah S.W.T. tenangkan perasaan dan diberi kemudahan fahaman serta tumpuan terhadap peperiksaan.
6. Elak melakukan aktiviti yang merbahaya
Pelajar dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perkara atau aktiviti yang boleh mendatangkan kecederaan pada diri sendiri. Contohnya merempit, mandi lombong atau pun bersukan secara kasar atau berlebihan. Diwaktu-waktu genting seperti sekarang inilah pelajar seharusnya memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan ulangkaji berulangkali. Selepas tamat peperiksaan nanti, kalau pelajar nak tidur sampai jemu pun tak mengapa. Tapi jangan sampai tinggal sembahyang pulak. Hehe. J
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang ingin dilakukan. Dalam hal berkaitan peperiksaan, pelajar tidak seharusnya berasa kurang yakin dengan kemampuan diri jika telah membuat persiapan rapi sejak awal. Sepatutnya kita berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. kerana ia adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Berserah sahaja pada yang Maha Esa.
 ** SELAMAT MAJU JAYA **

Monday 26 September 2011

LAWATAN DATO' SERI NAJIB KE PEKAN TANJONG TUALANG

Pada hari Sabtu (24 September 2011), Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat lawatan ke pekan Tanjong Tualang dan kawasan sekitarnya. 
Turut sama menyertai rombongan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Dalam ucapannya, Najib berkata pekan Tanjong Tualang yang dahulunya kawasan perlombongan telah mengalami transformasi ekonomi dan kini dikenali sebagai pekan udang galah di Perak.
Seramai 160 pelajar SMK Dato' Bendahara CM Yusuf terlibat menyambut ketibaan rombongan tersebut.
Pelbagai acara diatur sepanjang karnival itu termasuk pameran membabitkan jabatan dan agensi kerajaan serta persembahan kebudayaan yang mewakili masyarakat majmuk di negara ini.

Kelihatan guru-guru dan pelajar-pelajar CM Yusuf menanti ketibaan Perdana Menteri Malaysia. 
Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum menanti ketibaan pemimpin nombor 1 Malaysia.
Pemimpin berjiwa rakyat.
Bersama Ust.Rani, cikgu Syed, Ust. Lokman dan cikgu Syamsul.
Cikgu Rokiah sekeluarga.


En. Sofian.
Tok berbaju Perak FM.
Kelihatan PM menuruni anak tangga bas.
Datin Seri Rosmah Mansor.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir




Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.




Pengetua SMK Dato' Bendahara CM Yusuf - Pn. Aziah Bt. Rafie (berbaju kurung warna ungu) menikmati hidangan bersama isteri Perdana Menteri dan isteri Menteri Besar Perak.

Friday 23 September 2011

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

'Transformasi Berjaya, Negara Sejahtera'

                    Tempat   : Astaka, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
                    Tarikh     : 14 September 2011
                    Hari        : Rabu
                    Waktu    : 7.30 pagi - 9.45 pagi.

- PENGENALAN -
Perayaan Sambutan Bulan Kemerdekaan disambut setiap tahun sebagai satu peristiwa utama dan penting bagi masyarakat Malaysia di segenap peringkat sekolah oleh agensi-agensi kerajaan. Sambutan ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme seluruh rakyat Malaysia. Ianya dapat melahirkan semangat cintakan tanahair di kalangan warganegara Malaysia. Sambutan ini amat penting kepada kita kerana ianya   dapat  mengimbau kembali sejarah kemerdekaan kita dan dapat menilai jerit perih perjuangan rakyat yang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.

- MATLAMAT  -
1. Sebagai lambang kebudayaan rakyat Malaysia.
2. Memupuk rasa sayang dan cintakan negara.
3. Mengukuhkan perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia.
4. Menjadi waganegara yang menghargai nikmat kemerdekaan.

TOKOH KEMERDEKAAN  -
Pihak sekolah telah mencalonkan Tn. Hj Ahmad Bin Uda, PPT. PJK. sebagai tokoh kemerdekaan bagi tahun 2011. Ucapan beliau pada hari tersebut banyak bercirikan erti kemerdekaan dan penubuhan negara Malaysia.
Tn. Hj Ahmad Bin Uda, PPT. PJK. dilahirkan di Kampung Changkat Tin, Tanjong Tualang pada 4hb Oktober 1937. Beliau    mendapat pendidikan awal di Sek. Melayu Tanjong Tualang dan Sek. Melayu Kuala Dipang. Dalam tahun 1954 – 1956 beliau telah memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan kemudiannya mengajar di Sek.Keb.  Gelung Gajah dan Kampong Kota, Beruas.

Setelah mengikuti kursus bahasa selama setahun di Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur, beliau mengajar di Sek. Men. Iskandar Shah, Parit. Setelah itu bertukar pula ke Sek. Men. Yuk Kwan, Batu Gajah. Beliau pernah berkhidmat  sebagai Guru Besar di Sek. Keb. Belanja, Sek. Keb. Tanjung Belanja dan S.R.K. Iskandar Shah, Parit.  Beliau bersara pada tahun 1992 di Sek. Keb. Sultan Yussuf sebagai Penyelia Petang. Beliau pernah memenangi Peraduan Mengarang Hari Guru Perak, antaranya :
1981    Proses Pembelajaran Rakyat (Rencana)
1982    Mata (Syair)
1983    Bukan Tanah Menjadi Padi (Drama)
1984    Semut (Syair)
1986    Aki Sagur (Drama)
1987    Satu Penyelesaian (Drama)
1988    Bunga di Taman Bunga di Desa (Syair)

BUNGA DI TAMAN BUNGA DI DESA
oleh Tn. Hj. Ahmad Bin Uda, PPT. PJK.


Mari kita berkunjung ke taman
Memerhati berbagai jenis tanaman
Sambil menyedut udara nyaman
Mencari ilmu juga pengalaman.

Di taman banyak pokok terdiri
Dengan bunganya indah berseri
Disanjung dipuja sepanjang hari
Oleh peminat seluruh negeri.

Megahnya bunga tidak terhingga
Pokoknya sentiasa dibelai dijaga
Bunga di taman megah dan bangga
Konon, bunganya bernilai berharga.

Bunganya indah berkelopak cantik
Berbagai warna corak dan rintik
Tetapi di hatinya tak pernah berdetik
‘Mengapa bungaku tak menjadi putik?’

Sebelum berputik bunganya layu
Gugur ke bumi dihembus bayu
Kemegahan bertukar rintih dan rayu
Ditanggung dengan perasaan yang sayu.

Tiada putik nak dijadikan jasa
Sebagai sumbangan kepada bangsa
Hanya kecantikan seketika dirasa
Kemudian terbuang sebagai sisa.

Usahkan buah nak dijadikan bahan
Untuk baka pun ditanam dahan

Bunga pula tak lama tahan
Bunga di taman sungguh kasihan.
 


!...مرديك, مرديك, مرديك
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...