Monday 29 April 2013

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DI TERATAK RIVERVIEW

Aktiviti    : Kem Kepimpinan Pengawas
Tarikh     : 1-3 Mac 2013 (Jumaat - Ahad)
Tempat   : Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak.

 Ustaz Lukman mengisi slot ceramah.

 Aktiviti berkumpulan dikendalikan oleh fasilitator yang dilantik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 Aktiviti Burung Hantu


 Jambatan kedua menghubungkan kantin/parkir/rumah tumpangan ke tapak perkhemahan.

 Jambatan pertama berupa jambatan gantung.

 En.Redzuan mengawasi pergerakan para peserta.


Meredah hutan belantara di sebelah pagi.


 

 Aktiviti berkumpulan : Perang belon air.


  Khusyuk.

 Aktiviti persembahan dan pembentangan oleh para peserta.

Majlis Penutupan.

 Bersama guru-guru pengiring.

 Kem Komandan - En. AHMAD REDZUAN BIN ISMAIL.

En. Saiful Alyazan (PK HEM) menggantikan Pn.Pengetua untuk mersmikan majlis penutupan.

Ehsan gambar : En. Mohd Sofian Bin Aziz

  • Kemudahan elektrik yang disediakan di Teratak River View : 7.00 malam hingga 7.00 pagi.
  • Tapak Teratak River View berada di atas tanah di antara dua negeri iaitu Perak dan Selangor.
  • Fasilitator (UPSI) yang dilantik telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Saturday 13 April 2013

PENJAWAT AWAM MANA YANG BOLEH PERPOLITIK?


  • Ramai yang setuju guru kembali terlibat dalam arena politik.
  • Bermakna, guru siswazah sahaja dibenarkan berpolitik.
  • Mampukah guru-guru sekarang melaksanakan tugasnya sebaik mungkin sedangkan kerja sehariannya berlambak-lambak?
  • Dan mampukah guru-guru membahagikan masa seadil-adilnya di antara kerjaya hakiki dengan politik?
  • Beban kerja guru sangat berbeza antara zaman dahulu dengan sekarang.
  • Tetapi kerjaya guru sangat rapat dengan keadaan semasa komuniti setempat.
  • Guru tidak hanya mengajar, hubungan guru merangkumi semua aspek.
  • Suara guru boleh kedengaran dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi dalam hirarki kehidupan seharian manusia.

  • Mampu dan wajarkah?

Monday 1 April 2013

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA



HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...