Friday 22 June 2012

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI 2012

Salam Sejahtera.Salam 1Malaysia.
Bertempat di SMK Dato' Bendahara CM Yusuf (tuan rumah), telah berlansungnya Karnival Sains dan Teknologi bagi tahun 2012. Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan antaranya :
  • Perlancaran roket
  • Dapur solar
  • Kereta solar
  • Inovasi Sains

Bersiap sedia untuk melancarkan roket.

Inovasi sains berlansung di Makmal Komputer A.

Potongan rambut ala tentera oleh pelajar-pelajar SMK Pei Yuan patut dijadikan contoh dan ikutan oleh semua pelajar.

Van Solar dari SMK Dato' Bendahara CM Yusuf telah mendapat tempat ke-3. Pujian harus diberikan kepada En. Faizal (guru penasihat) kerana kenderaannya menepati semua syarat yang ditetapkan.

Nombor pendaftaran kenderaan : CMY 1.

Puan Khairul Bariah dan Puan Siti Mariam sebagai pengacara majlis menghangatkan suasana.

En.Kamel, wakil dari PPD Kinta Selatan menyampaikan sijil dan hadiah kepada para peserta.

Peserta dan guru penasihat CM Yusuf

Petugas-petugas sentiasa bersedia dalam membantu melancarkan pertandingan.

Roket dihasilkan dari bahan terbuang.

Dapur Solar 


Keputusan yang diperoleh dari SMK Dato' Bendahara CM Yusuf adalah seperti berikut:


  • Roket - JOHAN dan NAIB JOHAN (hantar 2 pasukan)
  • Kereta Solar - Tempat ke-3
  • Inovasi Sains - Tempat ke-3
Nota kaki : Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Sekalung penghargaan kepada petugas-petugas dari kalangan guru dan pelajar CM Yusuf kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang tanpa sebarang rungutan dan masalah.

Sunday 17 June 2012

LAGU-LAGU KEBESARAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Salam Bahagia. Salam 1Malaysia.
Entry kali ini akan memberi pendedahan kepada para pengunjung tentang lagu-lagu kebesaran yang terdapat di setiap negeri di Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia hanya mengetahui lagu negeri masing-masing. Itu pun sewaktu di alam persekolahan. Pasti ada yang sudah lupa bait-bait liriknya.


PDFPrintE-mail
Lagu Kebesaran Johor
Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan


Lagu Kebesaran Wilayah Persekutuan

Harmoni wilayah pertiwi
Semoga sentiasa diberkati
Wawasan hala pembangunan
Sebagai semangat perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju Dan Sejahtera


Lagu Kebesaran Negeri Pahang

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Duli Tuanku raja kami


Lagu Kebesaran Negeri Perak

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan


Lagu Kebesaran Negeri Kedah

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata


Lagu Kebesaran Negeri Kelantan

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

Lagu Kebesaran Negeri Melaka
Melaka Bandar Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya


Lagu Kebesaran Negeri Perlis

Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Kekalkan daulat serta adil
Bagi perintah Jamalullail


Lagu Kebesaran Negeri Pulau Pinang

Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Ku taat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah, Jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita


Lagu Kebesaran Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia


Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan


Lagu Kebesaran Negeri Terengganu

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman


Lagu Kebesaran Negeri Sabah

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.


Lagu Kebesaran Negeri Sarawak

Sarawak tanah airku,
negeriku tanah airku Sarawak,
engkaulah tanah pusakaku,
tanah tumpah darahku,
Ibu Pertiwiku.
rakyat hidup mesra dan bahagia,
damai muhibbah sentiasa,
bersatu,berusaha,berbakti,
untuk Sarawakku cintai.
Sarawak tanah Malaysia,
aman makmur rahmat tuhan,
maha esa,kekallah Sarawak bertuah,
teras perjuangan rakyat,berjaya berdaulat

Nota kaki : Lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri Perak adalah sama dari segi irama, tetapi berbeza tempo, lirik dan mood. Mari kita hayati setiap lirik dan rentak patriotik lagu-lagu di atas.

Friday 15 June 2012

HRMIS - MANUAL PENGGUNA


Salam 1Malaysia.
Di sini saya sertakan link untuk anda download :

SEMAK DAN KEMASKINI MAKLUMAT ANDA DALAM SISTEM HRMIS


Maklumat Rekod Peribadi perlu diisi oleh setiap individu masing-masing dan pihak sekolah hendaklah menyusun jadual secara berkumpulan supaya rekod peribadi setiap guru dan staf dapat dikemaskini. (sila kemaskini sebelum 30 Jun 2012).

Langkah mengemaskini rekod peribadi guru dan staf hendaklah berterusan, ketua jabatan adalah diingatkan supaya memantau proses mengemaskini dari masa ke semasa demi mencapai penggunaan HRMIS 100% seperti yang telah disasarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak.

Sebarang pertanyaan berkaitan proses mengemaskini boleh dirujuk kepada Puan Ellya Bt Kamaruddin di talian 05-4650521 atau menghubungi terus Unit HRMIS JPN Perak di talian 5015272 / 50I5273 atau melalui Portal Rasmi HRMIS dengan melayari laman sesawang berikut :


Wednesday 13 June 2012

GURU BARU (MASUK)


Seramai 5 orang guru (3 baru dan 2 bertukar sekolah) masuk ke SMK Dato' Bendahara CM Yusuf. Kesemuanya guru wanita.

(Guru Baru)
1. Cik HAZWANI HUSNA BINTI ABDUL LATIFF
    Opsyen : Geografi / Bahasa Melayu

2. Cik FIRZADA BINTI MAHYUDDIN
    Opsyen : Sejarah / Pengajian Am

3. Cik NOOR ANIDAI BINTI AHMAD YUSUF
    Opsyen : Bimbingan Dan Kaunseling

(Guru Bertukar Masuk)
1. Puan LILY NUR AZILAH BINTI AHMAD
    Opsyen: Kemahiran Hidup
    Dari : SMK MUNSHI SULAIMAN,
             BATU PAHAT, JOHOR.

2. Cik NORDIANA BINTI HUSIN
    Opsyen : Pendidikan Seni
    Dari : SMK TUN ISMAIL
              PARIT RAJA, JOHOR.

Monday 11 June 2012

PINDAH SEKOLAH (KELUAR)

Seramai 3 orang guru telah berpindah keluar berkuatkuasa 1 Jun 2012.

1. EN. FAIEZAL AZMI BIN MOHD YUSOP (PSV, Silat Gayong, Sukan)
    Bertukar ke SMK Toh Indera Wangsa Ahmad,
                       Batu Gajah, Perak.

2. NORMAZILA BINTI ISMAIL (Kaunseling)
    Bertukar ke SMK Telok Mas,
                       Telok Mas, Melaka.

3. RADHIAH BINTI MOHD RASHID (Matematik, Sains)
    Bertukar ke SMK Bidor,
                       Bidor, Perak.

Nota kaki : Warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf telah kehilangan beberapa orang guru yang amat berbakat dalam bidang masing-masing. Selamat bertugas di tempat baru diucapkan. Kami menghargai setiap sumbangan yang telah anda berikan sepanjang berkhidmat di sekolah kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...