Tuesday 28 February 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2012 (AMIR CHALET)

Salam 1Malaysia.
Program kem kepimpinan pelajar ini diwujudkan fokus kepada pengawas SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.
Seramai 68 pengawas menghadiri program ini yang mana pernglibatannya terdiri dari pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India, Singh dan pelajar Asli.
Bertempat di Amir Chalet (Ayer Tawar, Perak), program kepimpinan pengawas ini berlansung selama 3 hari 2 malam. Iaitu bermula hari Jumaat hingga Ahad (24-26 Februari 2012).
Pelbagai aktiviti diatur antaranya ceramah kepimpinan, ice breaking, solat berjemaah, explore race, senaman, latihan dalam kumpulan dan persembahan berkumpulan. Tidak ketinggalan juga hukuman turut dijatuhkan kepada kumpulan yang didapati tidak berdisiplin semasa program berlansung.
Guru-guru bersilih ganti memantau aktiviti pengawas. Ramai juga guru lelaki yang memancing ikan sewaktu tidak bertugas.
Di dalam kawasan chalet, terdapat 2 kolam memancing bersaiz sederhana. Pengusahanya ialah En.Amir, beliau membela ikan siakap. Tetapi masih belum boleh dipancing oleh penggemar pancing dek kerana umur ikan yang masih belum matang. Kata En.Amir, perlu menunggu selama 3 hingga 4 bulan atau berat ikan mencapai 700 gram (matang) sebelum boleh disentap jorannya oleh si pengail.
Kemudahan kayak juga disediakan. RM18 per kayak.
Tahniah kepada cikgu Saiful Bahari kerana berjaya menundukkan seekor pari bunting beranak 3. Beliau melepaskan kembali siibu dan 3 ekor anaknya yang bersalin di daratan.
Keadaan chaletnya memuaskan. Harga setiap bilik yang ditawarkan adalah RM60-70. Terdapat aircond dan tandas yang asas bagi setiap bilik.
Berikut merupakan sorotan peristiwa yang sempat dirakam oleh lensa En. Arif. Kredit kepada beliau.












Ehsan gambar : En. Arif

Permandangan di Amir Chalet agak cantik disebabkan oleh lokasinya yang berada di tepi laut. Bunyi angin bertiup dan desiran ombak benar-benar mendamaikan.
Dengar khabar, bulan Jun 2012 akan diadakan LDP melibatkan semua guru (dan mungkin juga staf). Antara lokasi yang menjadi pilihan ialah Rindu Alam (G7) atau Amir Chalet.
Akhir kata, kem kepimpinan pengawas 2012 berjalan dengan jayanya di bawah seliaan kaunselor En. Aminuddin dan Puan Mazila. Tahniah diucapkan.

Nota kaki : Penginap perlu menyediakan ubat nyamuk secukupnya sebelum bermalam di chalet.

Wednesday 22 February 2012

KEDUDUKAN MALAYSIA

Jalur Gemilang
Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 733 km persegi. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutan, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan Putrajaya.
Malaysia mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Sejak dahulu lagi, negara kita menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China dan India kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan laut antara timur dengan barat. Di samping itu, negara kita juga terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan menyebabkannya bebas daripada gempa bumi, letusan gunung berapi, dan tiupan angin taufan.

Peta Malaysia

 Kenali Bendera-Bendera Negeri dan Wilayah Persekutuan

Bendera Kebangsaan ~ Bendera Malaysia
Bendera Negeri Kedah Darul Aman
Bendera Negeri Sembilan Darul Khusus
Bendera Negeri Pahang Darul Makmur
Bendera Negeri Kelantan Darul Naim
Bendera Negeri Johor Darul Ta'zim
Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan
Bendera Negeri Terengganu Darul Iman
Bendera Negeri Perlis Indera Kayangan
Bendera Negeri Selangor Darul Ehsan
Bendera Negeri Melaka Darul Azim
Bendera Negeri Pulau Pinang
Bendera Negeri Sabah
Bendera Negeri Sarawak
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan
Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya

Nota kaki : Sebagai rakyat Malaysia, wajib kita mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang negara Malaysia. Perihal bendera-bendera negeri di atas, maklumat-maklumat mengenainya telah didedahkan kepada rakyat Malaysia seawal sekolah rendah.

Thursday 16 February 2012

KERJA KURSUS PMR 2012

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan soalan kerja kursus.

                Klik sini untuk subjek GEOGRAFI
                Klik sini untuk subjek SEJARAH

Sekian, terima kasih.

GAJI BARU SBPA (CADANGAN CUEPACS)

Salam Bahagia. 
Semestinya ramai kakitangan awam tidak sabar untuk melihat gaji baru yang dicadangkan oleh CUEPACS dan menanti berita baik yang mungkin akan diluluskan. Di sini saya ada sertakan draf cadangan gaji baru yang dikeluarkan oleh CUEPACS. Setelah dilihat dan diteliti draf gaji baru yang dikeluarkan oleh CUEPACS bertarikh Mac 2012, maka boleh bergembiralah semua kaki tangan awam selepas ini.


Nota kaki : BERSYUKUR, Jangan tambah hutang...

Wednesday 15 February 2012

PERMAINAN ULTIMATE FRISBEE

Permainan Ultimate Frisbee sebenarnya masih asing di Malaysia.
Sebelum ini, permainan ini telah diperkenalkan di peringkat IPTA, tetapi maklum balas yang diterima berhubung pendedahan yang diberikan kepada peserta/mahasiswa agak terlewat.
Oleh itu, kerajaan mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan permainan ini diperingkat sekolah RENDAH dan MENENGAH secara berperingkat-peringkat.


Berikut adalah info serba ringkas berkaitan permainan tersebut.

  • Sebanyak 7 pemain bagi setiap pasukan yang akan bertarung (7 sebelah)
  • Ultimate Frisbee bermula pada tahun 1968 di Maplewood, New Jersey oleh beberapa orang pelajar sekolah menengah di Columbia dan kemudian dikembangkan sebagai permainan baru sebagai aktiviti di waktu petang.
  • Ultimate Frisbee adalah sukan tanpa sentuhan (noncontact) yang pantas dan dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri dari tujuh orang sepasukan. Objektif permainan ialah untuk membaling disk dari pasukan sendiri sehingga ianya ditangkap oleh pasukan sendiri di dalam zon hujung pihak lawan.
  • Permainan ini menggabungkan beberapa elemen dari sukan lain seperti berlari dalam permainan bola sepak; melompat, menghantar, gerak kaki dalam permainan bola jaring, tukar peranan (turnover) dari menyerang kepada bertahan dalam permainan bola keranjang.
  • Di Malaysia Ultimate Frisbee telah dimainkan beberapa tahun dahulu tetapi hanya di kalangan warga asing yang menetap di Kuala Lumpur yang mempelajarinya dari negara asal mereka.
  • Ultimate Frisbee telah dipertandingkan di Kejohanan Dunia dan sedang menunggu kebenaran Badan Olimpik Antarabangsa untuk menyertai Olimpik.

PADANG PERMAINAN
  • Padang adalah berbentuk segi empat tepat di mana terdapat kawasan jaringan gol di penghujung padang “zon hujung” (end zone).
  • Ukuran padang :
  • Kawasan padang hendaklah rata dan bebas daripada sebarang halangan.
  • Garisan gol adalah garisan yang memisahkan kawasan permainan dari kawasan mendapatkan mata di zon hujung.
  • Setiap zon hujung hendaklah ditandakan dengan kon atau skitel yang berwarna cerah.  

PERALATAN
  • Alatan utama yang digunakan dalam Ultimate Frisbee ialah Disk seberat 175 gram dan diperakui sah oleh Ultimate Players Association (UPA).
  • Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dan tidak membahayakan diri sendiri dan pemain lain.
  • Setiap pemain dalam satu pasukan hendaklah memakai uniform atau jersi yang sama dan mempunyai nombor di bahagian belakang bajunya.

PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran hanya dibenarkan sekiranya:
  • selepas jaringan mata
  • sebelum separuh masa pertama dan kedua
  • menggantikan pemain yang cedera

POSISI
  • Adalah menjadi tanggungjawab pemain untuk mengelak sentuhan fizikal dalam apa cara sekalipun.
  • Setiap pemain berhak mengambil posisi di mana-mana dalam kawasan permainan yang tidak  diduduki oleh pemain lawan. Jika kawasan lain sudah dipenuhi maka pemain boleh mengambil posisi dengan bebas tanpa bersentuhan dengan pihak lawan.
  • Seorang pemain yang melompat berhak mendarat di tempat yang sama tanpa dihalang oleh pihak lawan.
SKOR / JARINGAN GOL / KUTIPAN MATA
  •  Gol dikira apabila seorang pemain menangkap hantaran yang sah dalam kawasan zon hujung pihak lawan.
  • Kaki mendarat pemain yang menerima disk dalam kawasan zon hujung mesti berada dalam kawasan zon hujung pihak lawan
  • Pemain tidak dibenarkan berlari membawa disk ke dalam kawasan zon hujung.
  •  Jika seorang pemain menerima disk di luar kawasan zon hujung dan menyebabkannya terjatuh dalam kawasan zon hujung, pemain tersebut mesti membawa disk ke titik terdekat dengan zon hujung pihak lawan  dan membuat hantaran semula (restart).
TUKAR PERANAN (TURNOVERS / CHANGE POSSESSION)
  •  Hantaran yang tidak gagal, diterima oleh pihak lawan, hantaran disk yang dihalang ataupun Luar Kawasan (out-of-bound) akan menyebabkan disk bertukar peranan.
  • Disk dikira bertukar peranan apabila disk diterima oleh pihak lawan meskipun pihak lawan menjatuhkan disk tersebut.
  •  Perkara berikut mengakibatkan pertukaran peranan (turnover) dan permainan diberhentikan sementara.
-         Kiraan pengawal (stall count) mencapai angka maksimum (10 saat).
-         Disk dihulurkan (short pass) kepada rakan sepasukan.
-         Disk yang dihantar disambut semula oleh penghantar (thrower)
-         Penghantar (thrower) meminta Time-Out apabila Time-Out.Pasukan telah habis.
-         Pergerakan menghadang pasukan pertahanan dibantu oleh rakan sepasukannya (pick)

Berikut merupakan video Permainan Ultimate Frisbee :

1. Perlawanan.

Nota kaki : Semoga maklumat yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua.

Tuesday 14 February 2012

Panduan Cuti Belajar Bergaji Penuh Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Surat Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan KPM.BT 700-0(12) bertarikh 16 Januari 2012 adalah berkaitan.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertanggungjawab menguruskan cuti belajar jangka sederhana dan jangka panjang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Kumpulan Pelaksana bagi mengikuti pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di insititusi dalam dan luar negara. Sehubungan itu, bahagian ini telah menghasilkan Buku Garis Panduan Cuti Belajar Bergaji Penuh yang meliputi prosedur dan tatacara dalam urusan tersebut. 
Hubungi pegawai KPM :
Encik Azlan bin Ibrahim di talian 03-83217158 (e-mel: azlan.ibrahim@moe.gov.my) atau 
Puan Zalina binti Morad di talian 03-83217143 (e-mel: zalina.morad@moe.gov.my) untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan ini.

Pautan:


Thursday 9 February 2012

Air Mata 12 Rabiul Awal...

alt


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai sakit
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai gering. Baginda bertanya kepada isteri-isterinya: “Giliranku esok di mana? “Di mana aku esok?”.
Isteri-isteri yang penuh kasih sayang memberikan pilihan kepada suami yang tercinta, untuk memlih di mana saja dia ingin berada. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memilih rumah si pipi merah, Aisyah binti Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menghabiskan sisa-sisa hujung kehidupannya di rumah ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu..
Di rumahnya, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu membacakan surahal-Falaq dan an-Nas serta doa-doa yang dihafalnya, sambil meniupkan ke seluruh tubuh baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam. Begitu kasihnya ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.
Wasiat baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam
Sayangnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam kepada umatnya. Di saat akhir kehidupannya, lima hari sebelum nyawanya diambil, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan pesanan yang mungkin dilupakan oleh ramai umatnya di zaman kini. Pesanan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berbunyi:
“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid”.  Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meneruskan nasihatnya: “Jangan kalian jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah”.
Empat Hari Sebelum Saatnya Tiba
Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam tetap mengimami solat berjemaah sehinggalah solat maghrib pada hari keempat sebelum ajalnya tiba. Menjelang Isya’, sakit baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam semakin mencengkam. Sakitnya itu tetap tidak menghalang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam daripada mengambil berat tentang solat Jemaah umatnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata:
“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”
Jawab para sahabat: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”
“Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata: Sediakan bekas air untuk ku.” Lalu para sahabat melakukannya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba menyegarkan dirinya dengan air tersebut. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba bangun, tetapi tidak mampu. Sakit masih mencengkamnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam jatuh pengsan.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam terjaga, lalu bertanya:
“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”
Para sahabat menjawab: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”
Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menyegarkan lagi dirinya dengan air, tetapi masih tidak terdaya. Baginda bertanya lagi berulang kali:
“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”
Sahabat Radiallahu ‘anhu yang ada memberikan jawapan yang sama: Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.
Berulang kali soalan itu ditanya oleh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam terlalu gering, tidak mampu untuk mengimami solat, walau sudah berulang kali baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berusaha menyegarkan badannya. Akhirnya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menyuruh Abu Bakar Radiallahu ‘anhu mengimami solat menggantikan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam.  Abu Bakar Radiallahu ‘anhu memikul amanah itu, semenjak hari itu, dia telah mengimami sebanyak tujuh belas kali solat fardhu.
Senyuman Subuh Terakhir
Umat Islam sedang mendirikan solat Subuh bersama Abu Bakar Radiallahu ‘anhu. Tiba-tiba Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menyingkap tabir di bilik ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu lalu memandang ke arah mereka. Baginda tersenyum dan tertawa.
Abu Bakar Radiallahu ‘anhu dengan penuh hormat mengundurkan dirinya kerana menyangka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin bersolat bersama mereka.
Kerana terlalu gembira, para sahabat sehingga mahu berhenti solat ketika itu. Tetapi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memberikan isyarat agar solat diteruskan. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam masuk semula ke dalam biliknya, dan menutup tirainya.
Tangisan dan ketawa si gadis Fatimah Radiallahu ‘anhu
Pagi itu, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan sesuatu di telinga Fatimah Radiallahu ‘anhu. Fatimah menangis mendengarnya. Kemudian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam memanggil puterinya sekali lagi, lalu berbisik. Kali ini Fatimah ketawa keriangan.
Aisyah Radiallahu ‘anhu dan isteri yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah Radiallahu ‘anhu.  Dia menjawab:
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa baginda akan wafat dengan sakit yang dihadapinya, lantas aku pun menangis. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa akulah ahli keluarganya yang pertama akan menyusul selepasnya, aku pun ketawa.
Fatimah Radiallahu ‘anhu puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa kasihan kepada ayahnya yang kesakitan, lalu dia berkata kepada ayahnya:
“Alangkah deritanya ayah..”
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Selepas ini tiada lagi penderitaan ke atas ayah mu.”
Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan nasihat buat umatnya: “Jagalah solat, jagalah solat, dan hamba-hamba yang dimiliki.”
Di atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam berada dalam pelukan isteri tercinta, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu.  Saudara lelaki ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, Abdul Rahman bin Abu Bakar muncul sambil membawa sebatang kayu sugi.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memandang ke arah Abdul Rahman. Si isteri tercinta memahami isi hati suaminya. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tahu nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin kan kayu sugi tersebut. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu bersuara:
“Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menganggukkan kepala setuju.
‘Aisyah Radiallahu ‘anhu mengambil kayu sugi, lalu menghulurkannya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu menyedari kayu sugi itu terlalu keras, lalu dia mengambilnya kembali. Dia bertanya lagi:
“Mahukah jika aku lembutkannya untuk mu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangguk tanda bersetuju.
Lalu, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu melembutkan kayu sugi itu dengan menggigit-gigit hujungnya. Lalu ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu memggosokkan giri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam dengan kayu tersebut.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam wafat atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, dengan bersatunya air liur ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.
Akhirnya…
Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa sakit. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mencelup tangannya di dalam air, kemudian menyapu mukanya, lalu berkata: Tidak ada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya pada kematian itu ada kesakitan.
Selesai sahaja bersugi, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangkat tangan atau jarinya ke langit, lalu menyebut: “Bersama orang-orang yang engkau berikan nikmat kepada mereka, daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ serta solihin. Ya Allah, ampunilah diri ku, rahmatilah diri ku. Temukanlah aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah Teman Yang Tertinggi”.
Tangisan Para Sahabat
Anas bin Malik Radiallahu ‘anhu berkata:  Tidak pernah aku melihat hari yang paling baik dan berseri-seri melainkan hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam sampai kepada kami, dan tidak pernah aku melihat hari yang paling buruk dan gelap melainkan pada hari kewafatan nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.
Berita kematian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam tersebar, tangisan tidak tertahan lagi. Air mata sahabat bercucuran.
Fatima, puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam Radiallahu ‘anhu berkata: Duhai ayahanda kesayanganku, yang telah menyahut panggilan Tuhannya, duhai ayahanda kesayanganku, syurga Firdaus tempat kembalinya, duhai ayahanda kesayanganku, kepada Jibril kami sampaikan berita kewafatannya.
Umar Radiallahu ‘anhu hilang pertimbangan, kecintaannya kepada nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membuatkan dia seakan tidak sedar apa yang dia katakan. Umar Radiallahu ‘anhu berteriak dengan suara yang lantang:
“Ada orang-orang munafiq yang mendakwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam tidak mati, tetapi baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali semula kepada kaumnya setelah orang berkata dia telah mati. Demi Allah! Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam akan kembali dan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati!”.
Abu Bakar Radiallahu ‘anhu bergegas pulang tatkala mendengar berita kematian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. Dibukanya kain yang menutupi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, dipeluk dan diciumnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.
Abu Bakar menenangkan umat..
Umar Radiallahu ‘anhu masih lagi mengungkapkan kata-katanya tadi. Abu Bakar Radiallahu ‘anhu berkata kepada Umar Radiallahu ‘anhu: “Duduklah Umar!”. Tetapi Umar Radiallahu ‘anhu enggan untuk mendengar arahan Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.
Abu Bakar Radiallahu ‘anhu terus berkata: “Sesiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam, sesungguhnya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Hidup dan tidak mati.” Beliau terus  membaca surah Ali Imran, ayat 44:
Para sahabat terpaku. Mereka tersedar daripada lamunan mereka. Mereka mulai sedar hakikat nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah meninggalkan mereka. Kata-kata Abu Bakar Radiallahu ‘anhu menyentap jiwa mereka yang sedang kesedihan, mengambalikan mereka kepada kewarasan.
“Demi Allah! Seakan-akan manusia tidak mengetahui bahawa ayat ini pernah diturunkan sehinggalah Abu Bakar membacanya. Lalu semua orang mengambil ayat itu daripada Abu Bakar. Lantas semua orang yang mendengar ayat itu dibaca, turut membacakannya”, demikian kata Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhu.
Umar Radiallahu ‘anhu yang tadi terlalu sedih hingga mengeluarkan kata-kata yang yang menggoncang akidah umat Islam, tersedar daripada kesilapannya. Ayat itu menyentap jiwanya kembali, menenangkan kembali hatinya yang sedang berkecamuk:
“Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat itu, aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi apabila mendengar Abu Bakar membacakannya. Maka yakinlah aku, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat”.
[Ringkasan daripada ar-Rahiq al-Makhtum susunan Shaikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri. Edisi terjemahan bertajuk Sirah Nabawiyyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)]
---------------------
Akhirnya 12 Rabi’ul Awal tahun 11 Hijrah, hari Isnin, perginya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan umatnya.
Mana mungkin umatnya tidak menangis tatkala baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggal dunia, sedangkan ketika hidupnya baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menempuh 1001 ujian dan seksaan hanya kerana menyampaikan Islam kepada umatnya.
Bagaimana nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam yang sebelumnya dipercayai oleh semua penduduk Mekah, akhirnya ditolak dan dicerca tatkala berdiri di Bukit Safa, menyeru kaumnya kembali kepada Allah.
Bagaimana mungkin kita lupa, ketika nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam sedang sujud di Masjidil Haram, lalu kaum musyrikin meletakkan najis dan kotoran di atas batang tubuh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu munculnya Fatimah Radiallahu ‘anhu menangis sambil membersihkan tubuh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.
Bagaimana kita boleh lupa, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ketika pertama kali mengajak penduduk Madinah kepada Islam, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam dibalas dengan lontaran batu. Setiap penjuru jalan yang baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam lalui, kanak-kanak, hamba dan kaum wanita menanti sambil melemparkan batu-batu ke arah nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu malaikat menawarkan tawaran untuk memusnahkan mereka yang menyakiti nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, tetapi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menolak tawaran itu, kerana masih yakin akan datang masanya generasi kemudian menerima dakwah beliau.
Bagaimana kita boleh lupa…………….
Dari laman web : http://al-fikrah.net

Wednesday 8 February 2012

MERENTAS DESA 2012 - SIRI 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam 1Malaysia.
Sebahagian guru dan staf SMKDBCMY memiliki hobi ekstrim yang telah wujud sejak September 2010. Banyak program kayuhan basikal yang telah kami sertai antaranya Kayuhan Mesra Bersama Polis (Perak Tengah), UTP HSE Funride dan Kayuhan Malam ke Kedai Steamboat (Tesco 18).
Entri sebelum ini, saya ada bercerita tentang kelibat basikal-basikal yang mengiringi murid dalam acara merentas desa. 
Berikut adalah pemilik-pemilik basikal yang dimaksudkan.

Rizal Wan, Azhan, Meor dan Arif.

Tok (kanan) tidak ketinggalan beraksi di hadapan kamera.

Perbincangan demi perbincangan dibuat memastikan agar acara merentas desa 2012 berlansung dengan jayanya.

Ahli PBSM ini meminjam basikal guru untuk meninjau keadaan peserta.

Sofian bersama basikal MERIDA

Hasil tinjauan yang dibuat, peserta perlu meredah air bertakung untuk ke peringkat seterusnya.

Ahli PBSM di atas baru sahaja meninjau check point 24.

Basikal Faiezal Azmi dan RIzal Wan diangkut menggunakan carrier.

Zarulhafiz juga berkira-kira untuk membeli sebuah basikal bukit. "Saya mahu brand GIANT atau JARMIS", kata Zarul dengan penuh semangat.

Ahli PBSM ini melaporkan bahawa keadaan peserta terkawal dan selamat.

Arif sempat beraksi ekstrim tatkala menunggu kehadiran peserta.

Inilah basikal baru milik Azhan.

Rizal Wan cemerlang dengan basikal kepunyaannya. Pernah digelar Raja Jalanraya sewaktu menyertai Jambori Kuale 2011di Kuala Kangsar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...