Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam 1Malaysia.
Sebahagian guru dan staf SMKDBCMY memiliki hobi ekstrim yang telah wujud sejak September 2010. Banyak program kayuhan basikal yang telah kami sertai antaranya Kayuhan Mesra Bersama Polis (Perak Tengah), UTP HSE Funride dan Kayuhan Malam ke Kedai Steamboat (Tesco 18).
Entri sebelum ini, saya ada bercerita tentang kelibat basikal-basikal yang mengiringi murid dalam acara merentas desa.
Berikut adalah pemilik-pemilik basikal yang dimaksudkan.
Rizal Wan, Azhan, Meor dan Arif. |
Tok (kanan) tidak ketinggalan beraksi di hadapan kamera. |
Perbincangan demi perbincangan dibuat memastikan agar acara merentas desa 2012 berlansung dengan jayanya. |
Ahli PBSM ini meminjam basikal guru untuk meninjau keadaan peserta. |
Sofian bersama basikal MERIDA |
Hasil tinjauan yang dibuat, peserta perlu meredah air bertakung untuk ke peringkat seterusnya. |
Ahli PBSM di atas baru sahaja meninjau check point 24. |
Basikal Faiezal Azmi dan RIzal Wan diangkut menggunakan carrier. |
Zarulhafiz juga berkira-kira untuk membeli sebuah basikal bukit. "Saya mahu brand GIANT atau JARMIS", kata Zarul dengan penuh semangat. |
Ahli PBSM ini melaporkan bahawa keadaan peserta terkawal dan selamat. |
Arif sempat beraksi ekstrim tatkala menunggu kehadiran peserta. |
Inilah basikal baru milik Azhan. |
Rizal Wan cemerlang dengan basikal kepunyaannya. Pernah digelar Raja Jalanraya sewaktu menyertai Jambori Kuale 2011di Kuala Kangsar. |
ihskk bila nak buatnye..aku nak join jadi pembantu jemputan...jadi peserta pun best gak...ce cite bila?
ReplyDeleteAda, mungkin bulan 2 atau 3 nanti, Mal. Kita buat kayuhan ke Malim Nawar ngan bebudak sekolah. Kita eskot.
ReplyDelete