Tarikh : 20 Januari 2012
Hari : Jumaat
Waktu : 7.45 pagi - 11.30 pagi
Aktiviti merentas desa merupakan program wajib yang telah termaktub dalam kalendar sekolah. Acara tahunan ini akan dimulakan dengan pencarian bakat-bakat baru di peringkat sekolah sebelum mereka ini diangkat ke peringkat yang lebih tinggi (peringkat daerah hingga ke kebangsaan)
Acara tersebut melibatkan penyertaan dari rumah sukan
Temenggong,
Laksamana,
Bendahara dan
Menteri.
Jarak laluan peserta lelaki : 8km
Jarak laluan peserta perempuan : 5km
Berikut adalah antara sorotan peristiwa dan kemeriahan acara tersebut.
|
Laluan yang penuh cabaran. |
|
Check point yang perlu dilepasi oleh setiap murid |
|
Cik Kam bersama ahli PBSM bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan |
|
Cikgu Fifi bergaya lagak si petani memastikan murid tidak tersalah laluan |
|
Cikgu Gaya tidak ketinggalan |
|
Murid (Menteri) pertama melalui kawasan lombong itik milik persedirian milik Dato' Rafik. |
|
Kelihatan di sebelah kiri kelibat basikal milik guru-guru dan staf yang mengiringi murid disepanjang acara merentas desa. |
|
Laluan penuh cabaran, tetapi terjamin keselamatannya |
|
Keriangan murid terserlah, mungkin patut ditambah bilangan acaranya (2 atau 3 kali setahun). |
|
Ramai murid yang berlari, tidak kurang juga yang berjalan. |
|
1Malaysia |
|
Najihah atau Mak Jah (Temenggong) mendahului rakan sekelasnya |
|
Antara murid yang terakhir sampai di garisan penamat |
Ehsan gambar : En. Faiezal Azmi
Nota kaki : Murid-murid di atas diiringi oleh guru-guru dan staf yang berbasikal di sepanjang laluan. Pada post yang akan datang, saya akan mendedahkan basikal apa dan siapakah gerangan mereka.
No comments:
Post a Comment