Tuesday 28 February 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2012 (AMIR CHALET)

Salam 1Malaysia.
Program kem kepimpinan pelajar ini diwujudkan fokus kepada pengawas SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.
Seramai 68 pengawas menghadiri program ini yang mana pernglibatannya terdiri dari pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India, Singh dan pelajar Asli.
Bertempat di Amir Chalet (Ayer Tawar, Perak), program kepimpinan pengawas ini berlansung selama 3 hari 2 malam. Iaitu bermula hari Jumaat hingga Ahad (24-26 Februari 2012).
Pelbagai aktiviti diatur antaranya ceramah kepimpinan, ice breaking, solat berjemaah, explore race, senaman, latihan dalam kumpulan dan persembahan berkumpulan. Tidak ketinggalan juga hukuman turut dijatuhkan kepada kumpulan yang didapati tidak berdisiplin semasa program berlansung.
Guru-guru bersilih ganti memantau aktiviti pengawas. Ramai juga guru lelaki yang memancing ikan sewaktu tidak bertugas.
Di dalam kawasan chalet, terdapat 2 kolam memancing bersaiz sederhana. Pengusahanya ialah En.Amir, beliau membela ikan siakap. Tetapi masih belum boleh dipancing oleh penggemar pancing dek kerana umur ikan yang masih belum matang. Kata En.Amir, perlu menunggu selama 3 hingga 4 bulan atau berat ikan mencapai 700 gram (matang) sebelum boleh disentap jorannya oleh si pengail.
Kemudahan kayak juga disediakan. RM18 per kayak.
Tahniah kepada cikgu Saiful Bahari kerana berjaya menundukkan seekor pari bunting beranak 3. Beliau melepaskan kembali siibu dan 3 ekor anaknya yang bersalin di daratan.
Keadaan chaletnya memuaskan. Harga setiap bilik yang ditawarkan adalah RM60-70. Terdapat aircond dan tandas yang asas bagi setiap bilik.
Berikut merupakan sorotan peristiwa yang sempat dirakam oleh lensa En. Arif. Kredit kepada beliau.












Ehsan gambar : En. Arif

Permandangan di Amir Chalet agak cantik disebabkan oleh lokasinya yang berada di tepi laut. Bunyi angin bertiup dan desiran ombak benar-benar mendamaikan.
Dengar khabar, bulan Jun 2012 akan diadakan LDP melibatkan semua guru (dan mungkin juga staf). Antara lokasi yang menjadi pilihan ialah Rindu Alam (G7) atau Amir Chalet.
Akhir kata, kem kepimpinan pengawas 2012 berjalan dengan jayanya di bawah seliaan kaunselor En. Aminuddin dan Puan Mazila. Tahniah diucapkan.

Nota kaki : Penginap perlu menyediakan ubat nyamuk secukupnya sebelum bermalam di chalet.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...