INFO SEKOLAH

1. SEJARAH SEKOLAH

    Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1965 dan dikenali sebagai S.M.R Tanjung Tualang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari (Menteri Pelajaran) pada bulan Mac 1969. Pada akhir tahun 1978, sekolah ini telah ditukar namanya kepada SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf sempena nama seorang tokoh undang-undang dan tokoh korporat.
    Pada peringkat awal operasinya, sekolah ini menumpang di SK ST Paul dan SRJK (C) Thung Hon. Hanya pada tahun 1967 iaitu selepas dua tahun beroperasi, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Bermula dengan dua blok dua tingkat, sebuah kantin, tandas dan sebuah bilik guru sekolah ini terus berkembang seiring dengan pertambahan pelajar serta kehendak semasa. Kini SMK Dato Bendahara CM Yusuf mempunyai 7 buah bangunan sebuah kantin, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, makmal komputer, makmal sains  sebuah padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan sepak takraw serta gelanggang petanque.
    Pada tahun 1965, proses pengajaran dan pembelajaran telah bermula bagi tingkatan satu (aliran Melayu) dan kelas peralihan (aliran Inggeris). Peperiksaan SPM dan MCE yang pertama ialah pada tahun  1976. Sekolah ini telah digredkan ke dalam kategori A luar bandar pada tahun 1980. Sehingga kini sekolah ini mempunyai 70 orang guru yang diketuai oleh En. Zulkifle Bin Othman.



2. MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah : SMK Dato' Bendahara C.M Yusuf
Alamat : Jalan Kampar, 31800 Tanjung Tualang, Perak
Tel / Fax : 05-3609219
Kod Sekolah : AEE 2072
Gred Sekolah : A Kategori Luar Bandar
Sesi Persekolah : 2 Sesi ( Pagi dan Petang )
Jumlah Murid : 1068 orang
Kaum : Melayu, Cina, Singh, Asli dan India
Bilangan Guru : 65 orang
PPD : PPD Kinta Selatan


3. VISI DAN MISI

Visi SMK Dato' Bendahara C.M Yusuf ialah SMK Dato Bendahara C.M Yusuf Menjana Komuniti Berilmu Yang Cemerlang Menjelang 2015. Misi sekolah pula ialah berazam memastikan Kurikulum dan Kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan disiplin pelajar yang terpuji, dalam persekitaran yang kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus serta hubungan komuniti yang erat.


4. MATLAMAT SEKOLAH

Pihak sekolah berkeyakinan penuh bahawa dalam usaha mewujudkan suasana persekolahan yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, untuk mempertingkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, satu tahap disiplin sekolah yang tinggi adalah menjadi matlamat yang diutamakan. Untuk mencapai matlamat tersebut, sekolah ini akan menumpukan kepada perkara-perkara di bawah :
  • Menyediakan program kurikulum dan kokurikulum yang komprehensif dan seimbang dengan keperluan  individu dan sekolah.
  • Mewujudkan masyarakat sekolah yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
  • Memupuk semangat kemasyarakatan dan cinta akan sekolah.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka mencari ilmu  pengetahuan dengan berkesan.
  • Memupuk hubungan manusia dalam kalangan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar.
  • Menjadikan sekolah ini sebagai tumpuan dan pusat mendapatkan ilmu bagi masyarakat sekitar.
  • Berusaha mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan pelajar.

5. LAGU SEKOLAH
SMDBCMYUSUF
Nama sekolah kami
Putra-putri mematuhi
Disiplin setiap hari
Jujur bersih dan ikhlas diri
Cekal dan tabah hati
Kami putra-putri akan tetap berbakti
Kepada bangsa dan pertiwi
Dengan keazaman ilmu panduan hidup
Falsafah dan inspirasi diri
Tetap bersemadi dalam diri kami
Lambang semangat juang yang tinggi
Guru-guru yang dikasihi
Pengetua yang dihormati
Kami putra-putri sekolah ini
Akan tetap mematuhi
Etika sekolah kami
6. LENCANA SEKOLAH
   6.1  Warna
   BIRU - Tenang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran
   PUTIH - Bersih dan ikhlas pada diri pelajar yang mahu mendapat ilmu

   6.2 Cogan Kata
   ILMU PANDUAN HIDUP - Kehidupan tidak bermakna tanpa ilmu

   6.3 Obor
   Melambangkan semangat yang kental

   6.4 Mesin
   Melambangkan pentingnya teknologi pendidikan kepada negara yang berteraskan industri

   6.5 Buku
   Melambangkan buku adalah asas mendapatkan ilmu

7. LOKASI


8. GAMBAR SEKOLAH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...