Monday 19 May 2014

GURU-GURU DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT DI SISTEM SPLG


Sistem SPLG
Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan. Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien.

1. Guru perlu membuat carian dipautan 'Google' seperti pada gambarajah di bawah atau klik ke pautan berikut : http://apps1.moe.gov.my/splg/


 2. Pilih Modul ePROFIL dan klik di pautan 'MODUL INDIVIDU ePROFIL'.

3. Masukkan nombor kad pengenalan pengguna sebagai ID dan 4 digit terakhir nombor kad pengenalan sebagai nombor kata laluan.

4. Klik pautan 'eProfile'.

5. Guru perlu mengemaskini maklumat pada setiap sub menu di bawah.

** lengkapkan maklumat sepertimana yang dikehendaki pada atau sebelum hari Jumaat 23 Mei 2014. Walaubagaimana pun, sekiranya terdapat sebarang maklumat yang perlu ditambah atau dipinda, guru boleh mengemaskini pada bila-bila masa (data semasa).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...