Sunday 26 August 2012

CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012


Nota kaki : CM Yusuf hanya perlu ganti cuti persekolahan pada 22 September 2012 (Sabtu) sahaja. Guna jadual waktu hari Jumaat.


Friday 24 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI (2012)

Seluruh warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN




Nota kaki : Kepada (cikgu-cikgu) Syed, Idayatul, Zainuddin, Nisa, Sofian, Zainon, Saiful Alyazan, Ahmad Faizal dan sebagainya, kami menanti jemputan rumah terbuka dari anda.

Wednesday 15 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA, 2012.

Hari       :   Rabu
Tarikh    :  15 Ogos 2012
Masa     :   6.00 petang
Perkara  :  1. Berbuka puasa
                  2. Khatam Al Quran
                  3. Solat sunat Tarawih.


Nota kaki : Kehadiran seluruh warga CM Yusuf ke majlis berbuka puasa amat dihargai. Bersama kita mengeratkan ukhwah di bulan mulia, bulan Ramadhan.

Sunday 5 August 2012

KENALI PM NAJIB TUN RAZAK


Perdana Menteri Malaysia

Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.
Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik.  Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana.  Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara.  Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama.  Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia.  Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.
Dato’ Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.  Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University.  Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.  Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.
Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya.  Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil  pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri.  Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan.  Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan.  Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.  Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius  antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang.  Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar).  Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang.  Selanjutnya Najib  memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.
Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan.  Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang.  Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.
Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987.  Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993.
Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988.  Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap.  Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik.  Pada 1995,  Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran.  Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020.  Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang.  Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara.  Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau. Dato’ Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.
Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan.  Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia.  Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.
Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.
Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.


Nota kaki : 1Bangsa, 1Budaya, 1Bendera, 1Malaysia.

Friday 3 August 2012

SESI JAMMING DI RUMAH CIKGU TAN

Salam Sejahtera.
Dua minggu sebelum bulan Ramadhan menjengah, En.Syamsul, En.Arif dan En.Aminuddin dijemput ke rumah cikgu Tan di Kampung Sentang, Batu Gajah.
Selepas mesyuarat (di Bilik Gerakan) dan solat Zohor, kami bertolak ke rumah beliau dengan kenderaan masing-masing.
Jika anda belum kenal dengan cikgu Tan, dia adalah bekas guru di CM Yusuf. Baru saja bersara pada November 2011. Aktiviti petang di rumah cikgu Tan ialah :
  • Melihat keadaan rumah beliau yang baru selesai diubahsuai.
  • Berkenalan dengan ayam serama.
  • Jamming.

Cikgu Tan memiliki sebuah bilik yang dijadikan studio jamming. Lengkap dengan pelbagai instrumen muzik. Kebiasaannya cikgu Tan jamming bersama anak-anaknya. Beliau hebat bermain drum.
Aktiviti jamming kami petang itu lebih tertumpu kepada setting alat instrumen muzik dan lagu. Sempat jugak kami main beberapa buah lagu antaranya Apa Nak Dikata (XPDC), Semangat Yang Hilang (XPDC), Lena Di Ulit Intan (Wings), 60's TV (OAG), Anak Kampung (Jimmy Palikat) dan sebagainya.
Ini adalah pertemuan pertama, besok lusa tambah lagi lagu yang susah-susah sikit.
Seruling, harmonika, amp, gitar karan, set drum....semua ada dalam studio tu. Cuma bass aje yang takde sebab anak cikgu Tan bawak keluar, ada Batle of The Band katanya.
Cikgu Tan hebat bermain drum. Pergi kelas muzik di Station 18.
Beliau amat berminat dengan muzik dan kebudayaan. Semasa masih menjadi guru di CM Yusuf, aktiviti muzik dan kebudaayan berkembang mekar.
Kelas kompang, gitar dan tarian mendapat sambutan hangat dikalangan pelajar dan guru.
Selepas raya nanti, akan ada lagi sesi jamming di rumah cikgu Tan. Pilihan lagu-lagu yang akan dimainkan pun pasti bertambah. Mungkin ada lagu-lagu 60an, rock kangkang, dan sedikit nuansa metal.

Terima kasih kepada En.Aminuddin (kaunselor) kerana sudi menangkap gambar kami sewaktu diakhir sesi jamming. Akan datang, pasti ada pertambahan alat muzik. Mungkin masing-masing bawak alat muzik sendiri.
En.Syamsul dengan set bassnya, En.Arif dengan gitar karan beserta gajet Metal Corenya.

Nota kaki : Kelas muzik patut diwujudkan diperingkat sekolah menengah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...