Friday, 3 August 2012

SESI JAMMING DI RUMAH CIKGU TAN

Salam Sejahtera.
Dua minggu sebelum bulan Ramadhan menjengah, En.Syamsul, En.Arif dan En.Aminuddin dijemput ke rumah cikgu Tan di Kampung Sentang, Batu Gajah.
Selepas mesyuarat (di Bilik Gerakan) dan solat Zohor, kami bertolak ke rumah beliau dengan kenderaan masing-masing.
Jika anda belum kenal dengan cikgu Tan, dia adalah bekas guru di CM Yusuf. Baru saja bersara pada November 2011. Aktiviti petang di rumah cikgu Tan ialah :
  • Melihat keadaan rumah beliau yang baru selesai diubahsuai.
  • Berkenalan dengan ayam serama.
  • Jamming.

Cikgu Tan memiliki sebuah bilik yang dijadikan studio jamming. Lengkap dengan pelbagai instrumen muzik. Kebiasaannya cikgu Tan jamming bersama anak-anaknya. Beliau hebat bermain drum.
Aktiviti jamming kami petang itu lebih tertumpu kepada setting alat instrumen muzik dan lagu. Sempat jugak kami main beberapa buah lagu antaranya Apa Nak Dikata (XPDC), Semangat Yang Hilang (XPDC), Lena Di Ulit Intan (Wings), 60's TV (OAG), Anak Kampung (Jimmy Palikat) dan sebagainya.
Ini adalah pertemuan pertama, besok lusa tambah lagi lagu yang susah-susah sikit.
Seruling, harmonika, amp, gitar karan, set drum....semua ada dalam studio tu. Cuma bass aje yang takde sebab anak cikgu Tan bawak keluar, ada Batle of The Band katanya.
Cikgu Tan hebat bermain drum. Pergi kelas muzik di Station 18.
Beliau amat berminat dengan muzik dan kebudayaan. Semasa masih menjadi guru di CM Yusuf, aktiviti muzik dan kebudaayan berkembang mekar.
Kelas kompang, gitar dan tarian mendapat sambutan hangat dikalangan pelajar dan guru.
Selepas raya nanti, akan ada lagi sesi jamming di rumah cikgu Tan. Pilihan lagu-lagu yang akan dimainkan pun pasti bertambah. Mungkin ada lagu-lagu 60an, rock kangkang, dan sedikit nuansa metal.

Terima kasih kepada En.Aminuddin (kaunselor) kerana sudi menangkap gambar kami sewaktu diakhir sesi jamming. Akan datang, pasti ada pertambahan alat muzik. Mungkin masing-masing bawak alat muzik sendiri.
En.Syamsul dengan set bassnya, En.Arif dengan gitar karan beserta gajet Metal Corenya.

Nota kaki : Kelas muzik patut diwujudkan diperingkat sekolah menengah.

2 comments:

  1. Apa barang arip main gitar kapok.... :P ... skolah menengah mana ada cikgu muzik....ato kelas muzik.....hihihi

    ReplyDelete
  2. Ni kes aminuddin lambat tangkap gambor da..gitar karan bertukar tangan sudah. Tu dah siap2 nak balik.
    Aku boleh ajor klerinet kat bebudak Peralihan. Haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...