Thursday 22 December 2011

ANALISIS & KEPUTUSAN PMR DAERAH KINTA SELATAN 2011

     PMR 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Pencapaian pada tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408 orang (0.75 peratus) iaitu daripada 30,863 orang (7.02 peratus) pada 2010 untuk calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu seramai 34,271 calon.
     Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.
     Calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini. Manakala, calon yang mendapat minimum gred D meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.
     Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.
     Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.

\

Tuesday 20 December 2011

JADUAL BAYARAN GAJI 2012


Jadual bayaran gaji bagi kakitangan awam 2012 telah keluar. 
Bila dilihat pada tarikh bayaran yang diterima, ada awal ada lewat.
Penjawat awam perlu bijak berbelanja, jangan mengikut hawa nafsu. 
Berbelanjalah mengikut kemampuan.


Nota kaki : Gaji baru SBPA akan diterima oleh penjawat awam seawal bulan Mac.

Wednesday 14 December 2011

GERHANA BULAN PENUH

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.



Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Gerhana Bulan terjadi saat Matahari, Bumi, dan Bulan terjadi pada satu garis lurus di mana Bumi berada di antara Matahari dan Bulan.
Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.
Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.



Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.
Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.
Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Nota Kaki : Dengar kata boleh tengok kejadian gerhana bulan penuh dengan mata kasar, tapi hujan lebat. Dapat tengok di televisyen sahaja.

Tuesday 13 December 2011

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengetahui siapa Yang di-Pertuan Agong, giliran dan sejarahnya (serba sedikit).

Faktor pemilihan

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang.
No.Yang di-Pertuan AgongRaja Permaisuri AgongTempoh memerintahNegeri
1Tuankuabdulrahman.jpgTuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadImg queen1 2.gifTuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin31 Ogos 1957 - 1 April 1960Negeri Sembilan
2Img agung2 2.gifSultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman ShahImg queen2 2.gifTengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad14 April 1960 -
 1 Sept 1960
Selangor
3Img agung3 2.gifTuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan JamalullailImg queen3 2.gifTengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail21 Sept 1960 - 20 Sept 1965Perlis
4Img agung4 2.gifSultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin IIIImg queen4 2.gifTunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja21 Sept 1965 - 20 Sept 1970Terengganu
5Img agung5 2.gifTuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahImg queen5 2.gifTunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman21 Sept 1970 - 20 Sept 1975Kedah
6Img agung6 2.gifSultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim PetraImg queen6 2.gifTengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra21 Sept 1975 - 30 Mac1979Kelantan
7Img agung7 2.gifSultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam ShahImg queen7 2.gifTengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang26 April 1979 - 25 April 1984Pahang
8Img agung8 2.gifBaginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan IsmailImg queen8 2.gifSultanah Zanariah bintii Tengku Ahmad Panglima Raja26 April 1984 - 25 April 1989Johor
9Img agung9 2.gifSultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah GhafarullahImg queen9 2.gifTuanku Siti Bainun binti Mohd Ali26 April 1989 - 25 April 1994Perak
10Img agung10 2.gifTuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanImg queen10 2.gifTunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin26 April 1994 - 25 April 1999Negeri Sembilan
11Img agung11 2.gifSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-HajImg queen11 2.gifTuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman26 April 1999 - 21 Nov 2001Selangor
12Sirajuddin2.jpgDuli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra JamalullailImg queen12 2.jpgTengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid13 Dis 2001 - 12 Dis 2006Perlis
13Yang di-Pertuan Agong ke-13.pngDuli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-HajImg queen13 2.gifTuanku Nur Zahirah13 Dis 2006 - 12 Dis 2011Terengganu
14Img agung5 2.gifTuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahSultanahkedah.jpgSultanah Haminah Hamidun13 Dis 2011 - kiniKedah
Nota Kaki : Rakyat negeri Kedah pasti berbangga. Daulat Tuanku..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...