Thursday 22 December 2011

ANALISIS & KEPUTUSAN PMR DAERAH KINTA SELATAN 2011

     PMR 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Pencapaian pada tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408 orang (0.75 peratus) iaitu daripada 30,863 orang (7.02 peratus) pada 2010 untuk calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu seramai 34,271 calon.
     Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.
     Calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini. Manakala, calon yang mendapat minimum gred D meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.
     Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.
     Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.

\

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...