Pada hari Sabtu (24 September 2011), Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat lawatan ke pekan Tanjong Tualang dan kawasan sekitarnya.
Turut sama menyertai rombongan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Dalam ucapannya, Najib berkata pekan Tanjong Tualang yang dahulunya kawasan perlombongan telah mengalami transformasi ekonomi dan kini dikenali sebagai pekan udang galah di Perak.
Seramai 160 pelajar SMK Dato' Bendahara CM Yusuf terlibat menyambut ketibaan rombongan tersebut.
Pelbagai acara diatur sepanjang karnival itu termasuk pameran membabitkan jabatan dan agensi kerajaan serta persembahan kebudayaan yang mewakili masyarakat majmuk di negara ini.
Kelihatan guru-guru dan pelajar-pelajar CM Yusuf menanti ketibaan Perdana Menteri Malaysia.
Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum menanti ketibaan pemimpin nombor 1 Malaysia.
Pemimpin berjiwa rakyat.
Bersama Ust.Rani, cikgu Syed, Ust. Lokman dan cikgu Syamsul.
Cikgu Rokiah sekeluarga.
En. Sofian.
Tok berbaju Perak FM.
Kelihatan PM menuruni anak tangga bas.
Datin Seri Rosmah Mansor.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Pengetua SMK Dato' Bendahara CM Yusuf - Pn. Aziah Bt. Rafie (berbaju kurung warna ungu) menikmati hidangan bersama isteri Perdana Menteri dan isteri Menteri Besar Perak.
Harap PM datang melawat Tanjong Tualang dimasa akan datang. :)
ReplyDelete