Kita perlu pastikan tubuh badan sentiasa cergas dan sihat.
Kita semua sedia maklum bahawa pelbagai program diwujudkan bertujuan melengkapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Antaranya kelas tambahan, gerak gempur, bengkel mahupun PROGRAM PECUT yang diuruskan oleh guru dan pentadbir sekolah. Di samping itu para pelajar juga harus mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk melonjakkan prestasi dan potensi diri .
Berikut adalah beberapa tip berguna yang boleh diamalkan.
1. Semak jadual
Semak jadual peperiksaan bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna pelajar telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulangkaji bagi mengingati pelajaran yang lepas, selain mengelak dari terlupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, diharapkan pelajar tidak jemu untuk terus membuat ulangkaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan pelajar dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan pelajar kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang pelajar suka saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh pelajar gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran (practice make perfect, cewah). J
Apa pun cara yang digunakan, terpulang kepada pelajar asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, mungkin terdapat pelbagai dugaan yang wujud. Antaranya jiwa kacau bila putus cinta. Ketepikan segala perkara remeh. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Bagi yang beragama Islam, selepas menunaikan solat lima waktu berdoalah supaya Allah S.W.T. tenangkan perasaan dan diberi kemudahan fahaman serta tumpuan terhadap peperiksaan.
6. Elak melakukan aktiviti yang merbahaya
Pelajar dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perkara atau aktiviti yang boleh mendatangkan kecederaan pada diri sendiri. Contohnya merempit, mandi lombong atau pun bersukan secara kasar atau berlebihan. Diwaktu-waktu genting seperti sekarang inilah pelajar seharusnya memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan ulangkaji berulangkali. Selepas tamat peperiksaan nanti, kalau pelajar nak tidur sampai jemu pun tak mengapa. Tapi jangan sampai tinggal sembahyang pulak. Hehe. J
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang ingin dilakukan. Dalam hal berkaitan peperiksaan, pelajar tidak seharusnya berasa kurang yakin dengan kemampuan diri jika telah membuat persiapan rapi sejak awal. Sepatutnya kita berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. kerana ia adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Berserah sahaja pada yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment