Friday, 23 September 2011

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

'Transformasi Berjaya, Negara Sejahtera'

                    Tempat   : Astaka, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
                    Tarikh     : 14 September 2011
                    Hari        : Rabu
                    Waktu    : 7.30 pagi - 9.45 pagi.

- PENGENALAN -
Perayaan Sambutan Bulan Kemerdekaan disambut setiap tahun sebagai satu peristiwa utama dan penting bagi masyarakat Malaysia di segenap peringkat sekolah oleh agensi-agensi kerajaan. Sambutan ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme seluruh rakyat Malaysia. Ianya dapat melahirkan semangat cintakan tanahair di kalangan warganegara Malaysia. Sambutan ini amat penting kepada kita kerana ianya   dapat  mengimbau kembali sejarah kemerdekaan kita dan dapat menilai jerit perih perjuangan rakyat yang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.

- MATLAMAT  -
1. Sebagai lambang kebudayaan rakyat Malaysia.
2. Memupuk rasa sayang dan cintakan negara.
3. Mengukuhkan perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia.
4. Menjadi waganegara yang menghargai nikmat kemerdekaan.

TOKOH KEMERDEKAAN  -
Pihak sekolah telah mencalonkan Tn. Hj Ahmad Bin Uda, PPT. PJK. sebagai tokoh kemerdekaan bagi tahun 2011. Ucapan beliau pada hari tersebut banyak bercirikan erti kemerdekaan dan penubuhan negara Malaysia.
Tn. Hj Ahmad Bin Uda, PPT. PJK. dilahirkan di Kampung Changkat Tin, Tanjong Tualang pada 4hb Oktober 1937. Beliau    mendapat pendidikan awal di Sek. Melayu Tanjong Tualang dan Sek. Melayu Kuala Dipang. Dalam tahun 1954 – 1956 beliau telah memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan kemudiannya mengajar di Sek.Keb.  Gelung Gajah dan Kampong Kota, Beruas.

Setelah mengikuti kursus bahasa selama setahun di Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur, beliau mengajar di Sek. Men. Iskandar Shah, Parit. Setelah itu bertukar pula ke Sek. Men. Yuk Kwan, Batu Gajah. Beliau pernah berkhidmat  sebagai Guru Besar di Sek. Keb. Belanja, Sek. Keb. Tanjung Belanja dan S.R.K. Iskandar Shah, Parit.  Beliau bersara pada tahun 1992 di Sek. Keb. Sultan Yussuf sebagai Penyelia Petang. Beliau pernah memenangi Peraduan Mengarang Hari Guru Perak, antaranya :
1981    Proses Pembelajaran Rakyat (Rencana)
1982    Mata (Syair)
1983    Bukan Tanah Menjadi Padi (Drama)
1984    Semut (Syair)
1986    Aki Sagur (Drama)
1987    Satu Penyelesaian (Drama)
1988    Bunga di Taman Bunga di Desa (Syair)

BUNGA DI TAMAN BUNGA DI DESA
oleh Tn. Hj. Ahmad Bin Uda, PPT. PJK.


Mari kita berkunjung ke taman
Memerhati berbagai jenis tanaman
Sambil menyedut udara nyaman
Mencari ilmu juga pengalaman.

Di taman banyak pokok terdiri
Dengan bunganya indah berseri
Disanjung dipuja sepanjang hari
Oleh peminat seluruh negeri.

Megahnya bunga tidak terhingga
Pokoknya sentiasa dibelai dijaga
Bunga di taman megah dan bangga
Konon, bunganya bernilai berharga.

Bunganya indah berkelopak cantik
Berbagai warna corak dan rintik
Tetapi di hatinya tak pernah berdetik
‘Mengapa bungaku tak menjadi putik?’

Sebelum berputik bunganya layu
Gugur ke bumi dihembus bayu
Kemegahan bertukar rintih dan rayu
Ditanggung dengan perasaan yang sayu.

Tiada putik nak dijadikan jasa
Sebagai sumbangan kepada bangsa
Hanya kecantikan seketika dirasa
Kemudian terbuang sebagai sisa.

Usahkan buah nak dijadikan bahan
Untuk baka pun ditanam dahan

Bunga pula tak lama tahan
Bunga di taman sungguh kasihan.
 


!...مرديك, مرديك, مرديك

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...