Sunday 7 September 2014

AMANAT PEGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK MENJELANG PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2014

SEMUA GURU BESAR,
SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGERI PERAK.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa pada 9 September sehingga 11 September 2014 akan berlangsungnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2014.  Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan kerjasama semasa peperiksaan berlangsung.  Di samping itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan motivasi dan semangat dari aspek mental, fizikal dan rohani kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan tersebut.

3.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah iaitu :
  1. Mengedarkan jadual waktu UPSR kepada setiap calon.
  2. Memberi talimat tentang garis panduan dan arahan peperiksaan yang dinyatakan   dalam jadual waktu.
  3. Memastikan dewan dan bilik peperiksaan berada dalam keadaan kondusif.
  4. Memastikan persekitaran tiada gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan calon.
  5. Memastikan keselamatan sekolah semasa peperiksaan berlangsung.
  6. Bersedia sebarang kemungkinan kes-kes di luar jangka.
  7. Memastikan tiada apa-apa maklumat berkaitan perjalanan peperiksaan diberikan kepada pihak awam dan media
  8. Menyediakan guru yang bersedia untuk bertugas membantu pengawas peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung.
4.  Dikesempatan ini saya berharap sasaran tempat lima teratas keputusan peperiksaan UPSR 2014 tercapai.  Di samping itu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan Perak kerana banyak membantu Jabatan Pendidikan Negeri Perak dari aspek kewangan bagi menjalankan program-program meningkatkan prestasi murid-murid.  Tidak lupa juga kepada pentadbir sekolah dan guru-guru yang telah banyak berkorban tenaga dan masa untuk memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 pada tahun ini.  Saya mendoakan agar sekolah tuan memperoleh keputusan yang cemerlang pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


(HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, PMP., AMP.)
 Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...