Friday, 25 November 2011

6 TIP UMUM GUNA INTERNET

En. Mohd. Sofian Bin Aziz
Penyelaras ICT
Salam Bahagia.
Sebagai Penyelaras ICT di SMK Dato' Bendahara CM Yusuf, terlintas difikiran saya untuk berkongsi tip berguna tentang penggunaan Internet. 

Walaupun tajuk post entry ini umum sahaja, namun ada juga sesetengah orang yang agak keliru atau ‘tersesat’ di Internet. Maklumlah dunia internet sangat luas , tidak tahu bagaimana nak menggunakannya secara optimum. Internet terdiri daripada himpunan laman-laman web yang mengandungi artikel, gambar, blog, komunikasi, forum dan banyak lagi. Jika anda ingin tahu tentang sejarah, ingin berhubung dengan individu lain, ingin menghasilkan diari peribadi dan ingin berniaga, semuanya di tawarkan secara online di internet.
Menggunakan internet adalah mudah jika tahu caranya. Bagi memastikan kegunaan dan pencarian anda lebih berkesan di internet, di sini di senaraikan 6 tip umum penggunaan internet.
1. Internet explorer vs Mozilla Firefox
Ini isu yang seringkali timbul. Nak guna Internet Explorer (IE) atau Mozilla Firefox (Firefox). Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Namun bagi mereka yang selalu menggunakan internet akan menyatakan Mozilla Firefox adalah lebih baik berbanding Internet Explore kerana menawarkan carian yang lebih pantas dan interface yang lebih friendly. Tetapi sekarang sudah banyak banyak browser yang boleh di gunakan selain daripada Internet Explorer dan Mozilla Firefox seperti Google ChromeSafari dan Opera. Pilih je yang mana satu anda suka :) .
2. Enjin Carian
Terdapat banyak enjin carian tetapi yang paling popular semestinya ialah Google dan Yahoo!. Kedua-dua enjin carian ini menawarkan maklumat ke laman web yang anda cari melalui kata kunci (keyword) . Jika memngikut trend di internet sekarang,  carian Google adalah lebih meluas dan lebih tepat serta cepat berbanding Yahoo!. Namun enjin carian yang mana sekalipun yang anda gunakan akan memberi apa yang anda ingin cari jika kena pada caranya.
3. Mencari
Tips untuk mencari dengan lebih baik adalah memasukkan tanda ‘+’ atau ‘ “” ‘. Misalnya anda ingin cari lagu Beyonce, Hello. Taip Beyonce+Hello dan enjin carian akan menyenaraikan laman web berkaitan lebih pantas dan tepat. Jika anda ingin mencari sesuatu berdasarkan 1 perkataan yang ada di dalam mana-mana laman web, cuba guna ” “, contohnya “Apa itu negara Gabon“. Hasil carian yang keluar adalah laman web yang mempunyai perkataan “Apa itu negara Gabon”.
Untuk cari imej, adalah lebih mudah menggunakan butang imej yang disediakan. Hanya imej sahaja akan terpapar dan bukannya laman web.
Untuk mencari definisi atau makna di internet mudah sahaja. Taipkan define:perkataan  yang anda ingin cari. Contoh define:blog, maka akan keluarlah definisi makna yang berkaitan dengannya.
4. Bookmark
Bookmark pada bahagian menu Internet Explorer(IE) atau Mozilla Firefox itu banyak kegunaannya. Jika anda mempunyai laman web yang sering dilawati, dan akan lawati lagi, amat berminat dengan laman web tersebut. Adalah lebih baik anda simpan ke Bookmark (Firefox) atau Favourite(IE). Jika perlu, sila backup bookmark dan Favourite anda. Takut nanti hilang pulak laman web kesayangan anda.
5. History
Jika anda terlupa untuk menyimpan di Bookmark, anda masih boleh melihat laman web yang pernah dilawati di History. Klik pada pautan yang anda mahu daripada senarai History. Satu tip untuk keselamatan ialah sila padam atau Delete pautan ke laman web penting atau peribadi di bahagian History. Ini bagi mengelak orang lain mengaksesnya, Mana tahu anda membenarkan komputer simpan kata laluan, senang-senang je maklumat anda digunakan.
6. Jangan klik sesuka hati
Seperti sedia maklum, klik sesuka hati di internet boleh menyebabkan kemusnahan yang ‘menyakitkan’ . Anda boleh terkena serangan Spam, Malware atau Virus yang di muat turun ke komputer anda secara automatik dan sebagainya. Jadi elakkan klik sesuka hati. Jika ada keluar pop up, sila guna pintasan Alt+F4 untuk menutupnya.
Itulah sahaja 6 tips umum dan ringkas dalam penggunaan internet.


Nota kaki : Diharapkan, semua pelajar yang terpilih mendapat komputer riba 1Malaysia dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan. Layarilah laman web yang berguna dan tapis maklumat yang diterima dengan bijak.

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
IHari Persekolahan
04.01.2012
31.01.2012
20
Hari Persekolahan
01.02.2012
 29.02.2012
21
Hari Persekolahan
01.03.2012
09.03.2012
7
Cuti Pertengahan Penggal
10.03.2012
18.03.2012
9
Hari Persekolahan
19.03.2012
31.03.2012
10
Hari Persekolahan
01.04.2012
30.04.2012
21
Hari Persekolahan
01.05.2012
25.05.2012
19
Cuti Pertengahan Tahun
26.05.2012
10.06.2012
16
IIHari Persekolahan
11.06.2012
30.06.2012
15
Hari Persekolahan
01.07.2012
31.07.2012
22
Hari Persekolahan
01.08.2012
17.08.2012
13
Cuti Pertengahan Penggal ke II
18.08.2012
26.08.2012
9
Hari Persekolahan
27.08.2012
31.08.2012
5
Hari Persekolahan
01.09.2012
30.09.2012
20
Hari Persekolahan
01.10.2012
31.10.2012
 28
Hari Persekolahan
01.11.2012
09.11.2012
7
Cuti Akhir Tahun
10.11.2012
01.01.2012
53
Jumlah290
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am203
Jumlah Hari Cuti Penggal87

Nota kaki : Dah ada takwim ni, boleh la guru-guru merancang percutian atau pelan tindakan akademik untuk tahun 2012.

Wednesday, 23 November 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS TAHLIL


Jemputan ke majlis tahlil untuk Arwahyarham En. Megat Hashim Bin Megat Yaacob yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh      :   28 November 2011 (Isnin)
Masa        :  10.30 pagi
Tempat    :   Rumah bapa cikgu Megat Hashim,
                    Kampung Timah, Tanjong Tualang,
                    Perak.

Semua warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf (hadirin hadirat) dijemput hadir.
Wassalam.

Monday, 21 November 2011

ALLAHYARHAM EN.MEGAT HASHIM BIN MEGAT YAACOB

Assalamualaikum.
Allahyarham cikgu Megat atau nama penuhnya En.Megat Hashim Bin Megat Yaacob telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu bersamaan 19 November 2011.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Arwahyarham cikgu Megat.


21.03.1957
hingga 
19.11.2011

Ketegasan dan keikhlasan Arwahyarham dalam melaksanakan tugas sebagai guru perlu dicontohi oleh semua guru.
Mudah-mudahan roh Arwahyarham cikgu Megat dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan-insan yang soleh dan diredhai Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...