Monday, 31 October 2011

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

Salam Sejahtera.
“Kibar Jalur Gemilang Buktikan Kesetiaan”
Kam Guo Cheng (Pelajar tingkatan 2 Kenari)

Kata Kam Guo Cheng, "Saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin selalu mengibarkan Jalur Gemilang tidak kira di dalam kelas, sekitar rumah atau dipasang di basikal. Saya sangat sayangkan negara Malaysia. Inilah tanah tumpah darahku". :-)

LAGU : JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!
Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratas

Wednesday, 26 October 2011

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI


Warga SMK Dato Bendahara Cm Yusuf ingin mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Deepavali terutama kepada Pn.Santha, En.Seva, Pn.Megalah, Pn.Gayethri serta Pn.Gayathri. :-)

Setiap pagi makan roti,
Tak lupa jugak kacang dan marukku,
Selamat Menyambut Hari Deepavali,
Kepada semua yang menganut agama Hindu.

Friday, 14 October 2011

LOKASI SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF (AEE2072)


Kepada sesiapa yang berhajat ingin datang ke SMK Dato' Bendahara CM Yusuf, bolehlah merujuk kepada koordinat seperti yang terpapar di atas. 
Lokasinya terletak kira-kira 500 meter dari pekan Tanjong Tualang. Ramai yang tidak tahu bahawa Tanjong Tualang sebenarnya lebih dikenali dengan gelaran "Bandar Udang Galah" kerana terdapatnya industri penternakan udang galah berskala besar dan hampir kesemua restoran di Tanjung Tualang menjual hidangan berasaskan masakan udang galah. Para pelancong datang dari segenap pelusuk negara malah ada yang datang dari luar negara semata-mata untuk menikmati hidangan udang galah yang sedap dan segar.
Selepas melawat sekolah kami, bolehlah anda menikmati hidangan udang galah pulak. :-)

Alamat Sekolah   :   SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
                                31800 Tanjong Tualang, Perak.

Kod Sekolah   :   AEE2072
No. Telefon   :   05-3609219
Fax   :   05-3609219
Gred Sekolah   :   A (Kategori Luar Bandar)
Sesi Persekolahan   :   2 Sesi (Pagi & Petang)
PPD   :   Pejabat Pelajaran Daerah, Kinta Selatan (PPDKS)
Pelajar   :   Melayu, Cina, India, Singh dan Asli

Saturday, 8 October 2011

Kenali Guru-Guru dan Murid-Murid SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.

Salam Ukhwah.
Entri berlabel Guru Pilihan dan Murid Pilihan akan memaparkan info ringkas setiap guru dan murid di SMK Dato' Bendahara CM Yusuf. Walaubagaimana pun maklumat guru dan murid yang akan dipaparkan akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Ia bertujuan memperkenalkan guru-guru dan murid-murid CM Yusuf di mata khalayak umum agar hubungan erat yang terjalin tidak hanya terbatas di dalam kelas sahaja.

Wednesday, 5 October 2011

SEJARAH PENUBUHAN SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF.

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1965 dan dikenali sebagai S.M.R Tanjung Tualang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari ( Menteri Pelajaran ) pada bulan Mac 1969. 
Pada akhir tahun 1978, sekolah ini telah ditukar namanya kepada SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf sempena nama seorang tokoh undang-undang dan tokoh korporat.
Pada peringkat awal operasinya sekolah ini menumpang di SK ST. Paul dan SRJK (C) Thung Hon. Hanya pada tahun 1967 iaitu selepas dua tahun beroperasi, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Bermula dengan dua blok dua tingkat, sebuah kantin, tandas dan sebuah bilik guru sekolah ini terus berkembang seiring dengan pertambahan pelajar serta kehendak semasa. Kini SMK Dato' Bendahara CM Yusuf mempunyai 7 buah bangunan sebuah kantin, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, makmal komputer, makmal sains , padang bola sepak, gelanggang bola tampar, bola keranjang, sepak takraw serta gelanggang petanque.
Pada tahun 1965, proses pengajaran dan pembelajaran telah bermula bagi tingkatan satu (aliran Melayu) dan kelas peralihan (aliran Inggeris). Peperiksaan SPM dan MCE yang pertama ialah pada tahun  1976. Sekolah ini telah digredkan ke dalam kategori A luar bandar pada tahun 1980.


VISI DAN MISI
Visi SMK Dato’ Bendahara C.M Yusuf ialah Menjana Komuniti Berilmu Yang Cemerlang Menjelang 2015. Misi sekolah pula ialah berazam memastikan Kurikulum dan Kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan disiplin pelajar yang terpuji, dalam persekitaran yang kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus serta hubungan komuniti yang erat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...