Wednesday 5 October 2011

SEJARAH PENUBUHAN SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF.

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1965 dan dikenali sebagai S.M.R Tanjung Tualang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari ( Menteri Pelajaran ) pada bulan Mac 1969. 
Pada akhir tahun 1978, sekolah ini telah ditukar namanya kepada SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf sempena nama seorang tokoh undang-undang dan tokoh korporat.
Pada peringkat awal operasinya sekolah ini menumpang di SK ST. Paul dan SRJK (C) Thung Hon. Hanya pada tahun 1967 iaitu selepas dua tahun beroperasi, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Bermula dengan dua blok dua tingkat, sebuah kantin, tandas dan sebuah bilik guru sekolah ini terus berkembang seiring dengan pertambahan pelajar serta kehendak semasa. Kini SMK Dato' Bendahara CM Yusuf mempunyai 7 buah bangunan sebuah kantin, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, makmal komputer, makmal sains , padang bola sepak, gelanggang bola tampar, bola keranjang, sepak takraw serta gelanggang petanque.
Pada tahun 1965, proses pengajaran dan pembelajaran telah bermula bagi tingkatan satu (aliran Melayu) dan kelas peralihan (aliran Inggeris). Peperiksaan SPM dan MCE yang pertama ialah pada tahun  1976. Sekolah ini telah digredkan ke dalam kategori A luar bandar pada tahun 1980.


VISI DAN MISI
Visi SMK Dato’ Bendahara C.M Yusuf ialah Menjana Komuniti Berilmu Yang Cemerlang Menjelang 2015. Misi sekolah pula ialah berazam memastikan Kurikulum dan Kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan disiplin pelajar yang terpuji, dalam persekitaran yang kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus serta hubungan komuniti yang erat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...