Friday 4 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum.
Warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat beragama Islam.
Kepada Puan Pengetua, Pn. Aziah Binti Mohd Rafei dan suami, En. Ishak Bin Leweh,
Kami mendokan agar Pn. Pengetua dan suami selamat melakukan ibadah haji dan memperoleh haji mabrur.
 Sabda Rasulullah SAW, 
“Haji mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga.” Hadis Abu Hurairah. Orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur.
Nota : 
Mengerjakan haji (Arabحج‎ Ḥajj "ziarah") merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang ke-lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji ke Makkah sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barang siapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...