Tuesday 8 May 2012

PROGRAM SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR


Pengenalan

Sekolah Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Sejajar dengan misi SMK Dato' Bendahara Cm Yusuf, iaitu  “Memantapkan sekolah dalam taman dengan suasana kelengkapan dan persekitaran sekolah yang merangsang pengajaran dan pembelajaran”, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana alam sekitar sekolah yang hijau dan ceria demi melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta berpontensi untuk mengurus sumber alam dengan berkesan dan efektif.

Matlamat
Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan di SMK Dato' Bendahara CM Yusuf untuk mencapai tahap Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2012.

Misi
Memantapkan sekolah dalam taman dengan suasana, kelengkapan dan persekitaran
Sekolahyang merangsang pengajaran dan pembelajaran.

Objektif
  1. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah
  2. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
  3. Mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  4. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif  bagi melahirkan warga sekolah yang
  5. Mempraktikkan amalan hidup lestari
Prasarana  Pembelajaran
Ruang prasarana pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah diamalkan dengan penyediaan bahan-bahan bacaan,risalah-risalah,dan bahan-bahan cetakan dari internet.


Ehsan gambar : En. Sofian
Nota kaki : Adalah diharapkan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Usaha untuk meningkat kesedaran melalui pendidikan perlu dilaksanakan secara berterusan demi memelihara dan memulihara khazanah alam semulajadi yang tiada gantinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...