Tuesday, 4 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-55



PENGENALAN
Perayaan Sambutan Bulan Kemerdekaan disambut setiap tahun sebagai satu peristiwa utama dan penting bagi masyarakat Malaysia di segenap peringkat sekolah oleh agensi-agensi kerajaan. Sambutan ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme seluruh rakyat Malaysia. Ianya dapat melahirkan semangat cintakan tanahair di kalangan warganegara Malaysia. Sambutan ini amat penting kepada kita kerana ianya dapat mengimbau kembali sejarah kemerdekaan kita dan dapat menilai jerit perih perjuangan rakyat yang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.

MATLAMAT
· Sebagai lambang kebudayaan rakyat Malaysia.
· Memupuk rasa sayang dan cintakan negara.
· Mengukuhkan perpaduan antara kaum yang     terdapat di Malaysia.
· Menjadi warganegara yang menghargai nikmat kemerdekaan.

TEMA
Tema Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 55 pada tahun 2012 ialah “ Janji Ditepati ”.


SAJAK KEMERDEKAAN

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala
55 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya
Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..
55 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman damai.
Maju berteknologi
ke arah mencapai wawasan 2020.
ku genggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan di sebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa di lubuk hati
semoga kekal selamanya.
Merdeka tetap merdeka..
Nota kaki : Janji sudah ditepati... Kini tiba balas budi.. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...