Kenderaan : Motosikal dan kereta
Tarikh : 24 Januari 2013
Hari : Khamis
- Konvoi kali ini istimewa dan meriah kerana melibatkan 8 buah motosikal dan 7 buah kereta.
- Berkumpul tepat jam 8.40 pagi di Petronas Taman Saujana, Batu Gajah. Terlihat kelibat cikgu Faiezal Azmi membeli kuih bersama anaknya. Beliau antara peserta konvoi terawal di CM Yusuf sebelum bertukar ke SMK TIWA (2012).
- Sepanjang perjalanan, para peserta dijamu dengan permandangan yang indah. Motor dan kereta bergerak seiringan.
- Singgah sebentar di Pekan Kati, Kuala Kangsar. Berehat sambil bersarapan pagi,
- Bergambar beramai-ramai di Anjung Jambatan Raja Muda Nazrin di Kuala Kangsar.
- Melawat tapak Perak Man di Lenggong selama 1 jam.
- Sesudah solat Zohor, peserta konvoi singgah ke lokasi air terjun, Lenggong.
- Balik ke Batu Gajah ikut lebuh raya, tetapi dalam keadaan berasingan antara motosikal dan kereta.
- Selamat pulang ke rumah masing-masing pada pukul 7.00 malam.
Ehsan gambar : En. Mohd Sofian Bin Aziz
- Segalanya selamat dan berjalan lancar.
- Tok (Khairull Anuar Bin Abdul Rani) tidak dapat mengikuti sepenuhnya aktiviti di atas kerana motor jaguhnya kematian road tax. Tok hanya sertai konvoi sehingga ke Tol Jelapang sahaja, kemudian berpatah balik.
- Aktiviti konvoi kali ini lebih bermakna kerana turut sama disertai oleh guru-guru dari SMK Sultan Yussuf, SMK St. B. Convent dan pegawai RELA.
- Khabarnya, aktiviti konvoi akan datang turut disertai oleh anggota polis dari Balai Polis Tanjung Tualang dan Batu Gajah.
No comments:
Post a Comment