Sehubungan itu, blog sekolah dengan rasa prihatin ingin berkongsi maklumat tentang logo seperti mana yang beliau dinyatakan.
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
Logo ini direka
mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan
mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa
hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif
juga membawa pengertian ILMU kerana
Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu
dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau
kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu
juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada
kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua
‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem
Pengajian Tinggi. Hurup
‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan
pendidikan Malaysia. Bentuk
Bulat melambangkan Malaysia
sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan
kecemerlangan. Putih
melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti
dan berilmu mulia.
No comments:
Post a Comment