Pengerusi : Pengetua, Tn. Hj. Zulkifle Bin Othman
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran, Bersara
Timbalan Pengerusi I : PK HEM, En. Saiful Al Yazan Bin Abd Aziz
Timbalan Pengerusi II : PK KOKU, En. Zainuddin Bin Ismail
Timbalan Pengerusi III : PENYELIA PETANG, Pn. Fasiah Hanum Bt. Mohd Termizi
Setiausaha : En. Muhammad Arif Johari Bin Dzulkifli
Penyelaras ICT : En. Mohd Sofian Bin Aziz
Penyelenggara : En. Rizal Bin Ramsah
APDM : 1. Pn. Nor Hamira Bt. Hasim
2. Pn. Lijawati Bt. Jamil
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER
- Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
- Dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
- Disket dan pendrive dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas (scan virus) terlebih dahulu.
- Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
- Guru yang ingin menggunakan makmal komputer hendaklah mengisi Buku Log Penggunaan Makmal Komputer.
- Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
- Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada Guru Penyelaras Bestari atau Juruteknik yang bertugas. Tutup mana-mana suis yang perlu.
- Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada Guru Penyelaras Bestari atau Juruteknik yang bertugas.
- Dilarang membuat bising di dalam makmal.
- Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
- Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
- Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
- Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket atau pendrive, tidak boleh disimpan dalam cakera keras (HD).
- Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh Juruteknik
- Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.