Sunday 19 January 2014

KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT PRA PELAKSANAAN PBPPP

Minta perhatian kepada semua Pengetua Guru Besar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan,

KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT DALAM PRA PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) DI SEKOLAH DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berkaitan perkara di atas. 

2. Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) sedang menjalankan kajian keberkesanan maklumat yang disebarkan dan mengenal pasti isu-isu berbangkit semasa pra pelaksanaan PBPPP. Kajian ini dijalankan di sekolah dan PPD secara atas talian. Responden kajian adalah
a) Semua pegawai-pegawai PPD yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP;
b) Semua pengetua, guru besar, dan guru di sekolah yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP.

3. Kami mohon kerjasama pegawai PPD, pengetua, guru besar, dan guru yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP untuk melengkapkan soal selidik secara atas talian pada link berikut:
 
4. Sila lengkapkan soal selidik ini pada atau sebelum 31 Januari 2014.

5. Sehubungan itu, kami juga mohon kerjasama pihak tuan untuk panjangkan e-mel ini kepada semua pegawai PPD yang terlibat serta sekolah-sekolah di bawah seliaan pihak tuan.

6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sabariah binti Abdul Kadir pada talian 03 8317 9000/9113 atau e-mel: sabariah.abd.moe@1govuc.gov.my.

7. Sebagai makluman, mengikut data sistem e-Prestasi yang digunakan dalam pra pelaksanaan PBPPP, sehingga 19 Disember 2013, seramai 31,966 orang telah selesai melaksanakan pra PBPPP dalam talian.

8. Atas segala kerjasama tuan berikan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. 

Sabariah Abdul Kadir
Penolong Setiausaha
Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...