Saturday 12 July 2014

PERHATIAN PENTING PENGETUA/GURU BESAR : CUBAAN PENCULIKAN PELAJAR SEKOLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Info terkini berlaku 3 kes cubaan menculik pelajar sekolah rendah dalam Daerah Manjung (Laporan polis telah dibuat).

Pihak sekolah diminta lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap perkara tersebut.

Ketua PPD Manjung menyarankan agar:

  1. Pihak sekolah memastikan peranan guru bertugas dimantapkan.
  2. Program Guru Penyayang dapat diteruskan dan dimantapkan.
  3. Maklumkan perkara ini kepada ibubapa/penjaga dan pelajar sekolah supaya lebih berhati-hati dan berwaspada.
  4. Memantapkan Program sekolah selamat.
  5. Sila laporkan kepada pihak polis jika ada individu yang mencurigakan atau kejadian berlaku di sekolah tuan/puan.

Kerjasama pihak pentadbir amatlah diharapkan supaya kes ini tidak berlaku kepada anak-anak didik kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...