Friday, 18 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN bersama CIKGU TAN (bersara)

Tempat    :   Tower Regency Hotel, Ipoh.
Tarikh      :   20 November 2011
Hari         :   Ahad
Masa       :   3.30 petang
Acara      :   1. Ucapan
                   2. Makan dan minum petang
                   3. Cabutan bertuah
Jemputan :   Semua warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf

Kepada para jemputan yang tidak tahu lokasi Tower Regency Hotel, berikut disediakan peta untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik.

Lokasi Tower Regency Resort, Ipoh.
Tower Regency Hotel & Apartments
Email: inquiry@towerregency.com.my
Hunting Line: +605 208 6888
Hotel Fax: +605 255 8399


Di samping acara minum petang, terdapat juga majlis sambutan persaraan Cikgu Tan Nazis.
Ihsan gambar - En Sofian (Guru KH)

Nota kaki : Dengar khabar, semua yang hadir dapat cabutan bertuah. Bezanya saiz besar atau kecil.

KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG

JEJAK SEJARAH :
En. Azhan - Guru Sejarah, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf

Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan.

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjong Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar atau pekan yang berhampiran dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

 Kapal Korek Tanjong Tualang

Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah di bawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.

Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
Ketinggian : 5 Tingkat
Berat : 4500 Tan
Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.
Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta
Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg. Tualang.
Masa Lawatan :
8.00 Pagi hingga 6.00 petang setiap hari

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak : RM 3.00

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Century Mission Sdn. Bhd
5th Mile, Jalan Tanjong Tualang,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: 05-370 2253
Email : tt5dredge@yahoo.com



Nota kaki : Di musim cuti sekolah ini, bawalah keluarga mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang ada di serata Malaysia. 

Friday, 4 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum.
Warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat beragama Islam.
Kepada Puan Pengetua, Pn. Aziah Binti Mohd Rafei dan suami, En. Ishak Bin Leweh,
Kami mendokan agar Pn. Pengetua dan suami selamat melakukan ibadah haji dan memperoleh haji mabrur.
 Sabda Rasulullah SAW, 
“Haji mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga.” Hadis Abu Hurairah. Orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur.
Nota : 
Mengerjakan haji (Arabحج‎ Ḥajj "ziarah") merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang ke-lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji ke Makkah sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barang siapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Tuesday, 1 November 2011

MAJLIS PERSARAAN EN. TAN NAZIS BIN RAFAIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut adalah sorotan peristiwa di majlis persaraan Cikgu Tan.

Tarikh : 1 November 2011 (Selasa)
Tempat : Astaka          
Masa : 7.45 pagi

3 JAN 1977
hingga
 31 OKT 2011
Ketibaan Cikgu Tan disambut oleh En.Saiful (PK HEM), En.Zainuddin (PK KOKU) dan Cik Hajah Suria (PK Pentadbiran).
 Cikgu Tan sekeluarga diarak oleh pelajar dari pintu masuk menuju ke astaka.
 Lagu Negaraku dinyanyikan.
 Senyuman penuh hiba.
 En.Mazri selaku pengacara majlis sedang membacakan biodata En.Tan Nazis secara ringkas.
 Pelajar-pelajar khusyuk mendengar ucapan Cikgu Tan.

 

 Cikgu Tan mendendangkan lagu Kenang Daku Dalam Doaku.
 Cikgu Tan menerima sijil penghargaan dari Penolong Kanan Pentadbiran, CIk Hajah Suria.
 Pn.Marlia menyampaikan cendera hati kepada Ckgu Tan.
 Artis SMK Dato' Bendahara CM Yusuf, Lang Yu Hua menyampaikai lagu Adira - Ku Ada Kamu. 
 Cikgu Tan ditemani isteri, Pn. Ainon Bt. Narih (guru SMK TIWA) memotong kek.
 Ahli-ahli silat gayong SMK Dato' Bendahara CM Yusuf membuat persembahan dihadapan guru dan pelajar.
 Burung merpati dilepaskan oleh cikgu Tan simbolik kepada erti kebebasan.

 Cikgu Tan menanam pokok ambra di hadapan pejabat.

 

 Guru yang disayangi oleh semua lapisan pelajar (1Malaysia). 
 Chan Wai Hong tidak ketinggalan bersalaman dengan Cikgu Tan
 Cikgu Bakri.

Dari kiri En.Arif, En. Faizal, En. Sofian, En. Tan, En. Zambri, Tok dan Rizal Wan.
Dari kiri Cik Hajah Suria, Pn.Wahial, Pn.Aiza, En.Tan, Pn.Siti Mariam, Pn.Zaiton, Pn.Ainon, Pn.Nisa, Pn.Haffizah Wati dan Pn.Fifi.
Senyuman dalam sebak.

Berikut adalah maklumat ringkas En.Tan untuk tatapan umum:

MAKLUMAT PERIBADI
 Nama : TAN NAZIS BIN RAFAIE                    
 
Tarikh Lahir :  1 November 1953                                 
 
Asal : Sungai Manik, Teluk Intan.             
 
Sek :1. Darjah 1-6 : SK Gopeng (1960-1965)
        2. Ting.1-5 : SM Idris Shah (1966-1971)
        3. Ting.6 : SM St. Michael (1972-1973)
 Isteri : AINON BT NARIH  (Guru SMK TIWA)
 
Anak² :
1. Mohd Razif (30thn) - PPD Kinta Selatan
2. Mohd Hanif (28thn) - T.N.B.
3. Mohd Harith (26thn) - Pensyarah Kolej Swasta di Kuala Selangor
4. Mohd Lutfi Azmir (
22thn) - IPG Cheras 5. Ainna Nazira (14thn) - SMK St.B.Convent
KELULUSAN IKHTISAS
 
       
1. Sijil Perguruan - Seni Perusahaan Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur (1972-1973)
         2. Ijazah Sarjana Muda  - Sastera Melayu USM Pulau Pinang (1999-2002)
SEJARAH PERKHIDMATAN
 1. Penempatan Pertama : (01/01/1977) - SMK SUNGKAI, PERAK.                  
 2. Pertukaran Setara: (01/01/1985) - 
SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF.               
 3.
Perubahan Gred : (01/01/1999) - SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF.                            
 4.
Penempatan sebagai Guru Siswazah : (01/01/2002) - SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF.
 5.
Perubahan Gred : (01/01/2009) - SMK DATO' BENDAHARA CM YUSUF.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...