Tuesday, 11 June 2013

E-KEHADIRAN 10 JUN 2013 (PERHATIAN...!)

Assalammualaikum dan selamat sejahteran
Kepada Semua
PK/GPK HEM dan PT ( yang bertanggungjawab )
Dapatan pemantauan pengisian data e-kehadiran bagi Daerah Kinta Selatan oleh JPN Perak mendapati Daerah Kinta Selatan peratusan mengisi data agak rendah iaitu berada di bawah 80%.Masih ada sekolah yang tidak mengisi data e-kehadiran dan ada sebilangan sekolah tidak lengkap semua kelas di isi.
Sehubungan itu, semua sekolah di Daerah Kinta Selatan dikehendaki mengisi data e-kehadiran secara konsisten. Bagi sekolah sesi pagi sila isi data sebelum pukul 10.00 pagi dan bagi sesi petang, sebelum pukul 3.00 petang.
Mohon PK/GPK HEM memantau perkembangan pengisian data e-kehadiran diperingkat sekolah dan mohon kerjasama semua guru kelas untuk beri kerjasama kepada PT yang dipertanggungjawabkan untuk mengisi data e-kehadiran diperingkat sekolah.( Hantar senarai nama murid yang tidak hadir kepada PT ).
Berikut dilampirkan dapatan pemantauan pengisian data e-Kehadiran 10 Jun 2013 sehingga jan 3.00 petang. ( data peringkat PPD ).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PEMANTAUAN PENGISIAN DATA E-KEHADIRAN DAERAH KINTA SELATAN
SEHINGGA 3.35 PETANG, 10 JUN 2013.
Bil Kod Sekolah Nama Sekolah Jumlah Hadir Jumlah Murid Peratus Kehadiran
1 ABA2017 SK PENGKALAN BAHARU 151 311 48.60%
2 ABA2018 SK GOPENG 347 463 74.90%
3 ABA2019 SK GUNUNG PANJANG 183 193 94.80%
4 ABA2020 SK CHANGKAT TUALANG 45 48 93.80%
5 ABA2021 SK KOTA BAHARU 47 51 92.20%
6 ABA2022 SK TUALANG SEKAH 354 418 84.70%
7 ABA2023 SK MALIM NAWAR 111 118 94.10%
8 ABA2024 SK KUALA DIPANG      
9 ABA2025 SK SAHOM 98 129 76.00%
10 ABA2026 SK KAMPAR 461 504 91.50%
11 ABA2027 SK BUKIT PEKAN 115 119 96.60%
12 ABA2028 SK AIR HITAM LABU 68 68 100.00%
13 ABA2029 SK SUNGAI ITEK 134 167 80.20%
14 ABA2030 SK TOH INDERA WANGSA AHMAD 527 932 56.50%
15 ABA2031 SK SIPUTEH 505 545 92.70%
16 ABA2032 SK TRONOH 212 227 93.40%
17 ABA2033 SK KG. SERI RAHMAT 99 106 93.40%
18 ABA2034 SK TANJUNG TUALANG 47 112 42.00%
19 ABA2035 SK AYER PAPAN 76 77 98.70%
20 ABA2036 SK CHANGKAT TIN 97 124 78.20%
21 ABA2037 SK ULU GERUNTUM 118 129 91.50%
22 ABA2038 SK BAKAP 250 268 93.30%
23 ABA2040 SK AYER DENAK 67 75 89.30%
24 ABA2048 SK POS DIPANG      
25 ABA2054 SK SENTOSA      
26 ABA2067 SK SERI JAYA 84 236 35.60%
27 ABB2090 SK SULTAN YUSSUF 777 890 87.30%
28 ABB2091 SK ST. BERNADETTE'S CONVENT 530 894 59.30%
29 ABB2093 SK SERI TRONOH 225 248 90.70%
30 ABB2094 SK GOPENG 205 385 53.20%
31 ABB2095 SK METHODIST (ACS) 301 324 92.90%
32 ABB2096 SK DE LA SALLE 80 212 37.70%
33 ABB2097 SK METHODIST      
34 ABB2098 SK ST. PAUL 183 194 94.30%
35 ABC2132 SJK(C) SIPUTEH 25 25 100.00%
36 ABC2133 SJK(C) CHUNG SUN 103 106 97.20%
37 ABC2134 SJK(C) KAMPUNG BALI 160 167 95.80%
38 ABC2135 SJK(C) KAMPUNG NALLA 103 107 96.30%
39 ABC2136 SJK(C) YUK KWAN 455 530 85.80%
40 ABC2137 SJK(C) BEMBAN 194 196 99.00%
41 ABC2138 SJK(C) THUNG HON 171 181 94.50%
42 ABC2139 SJK(C) THUNG HON 265 271 97.80%
43 ABC2140 SJK(C) SUNGAI DURIAN 85 88 96.60%
44 ABC2141 SJK(C) KAMPONG TIMAH 122 124 98.40%
45 ABC2144 SJK(C) NEW KOPISAN      
46 ABC2145 SJK(C) MAN MING 218 224 97.30%
47 ABC2146 SJK(C) LAWAN KUDA BARU 188 273 68.90%
48 ABC2148 SJK(C) JERAM 156 161 96.90%
49 ABC2149 SJK(C) YING SING 344 350 98.30%
50 ABC2150 SJK(C) SIN MIN 26 26 100.00%
51 ABC2151 SJK(C) PEI YUAN 620 629 98.60%
52 ABC2152 SJK(C) KAMPAR GIRLS 200 207 96.60%
53 ABC2153 SJK(C) CHUNG HUAH 519 534 97.20%
54 ABC2155 SJK(C) MAMBANG DIAWAN 228 236 96.60%
55 ABC2156 SJK(C) YU YING 105 109 96.30%
56 ABC2157 SJK(C) SIN MIN 29 30 96.70%
57 ABD2169 SJK(T) CHANGKAT 325 351 92.60%
58 ABD2170 SJK(T) TRONOH 47 64 73.40%
59 ABD2171 SJK(T) GOPENG 162 172 94.20%
60 ABD2172 SJK(T) METHODIST 32 36 88.90%
61 ABD2178 SJK(T) LADANG KINTA VALLEY 75 81 92.60%
62 ABD2184 SJK(T) LADANG KOTA BAHROE 23 24 95.80%
63 ABD2186 SJK(T) MAMBANG DIAWAN 84 92 91.30%
64 ABD2187 SJK(T) KAMPAR 196 208 94.20%
65 ABD2188 SJK(T) LADANG KAMPAR 15 17 88.20%
66 AEA2042 SMK SRI KAMPAR 291 889 32.70%
67 AEA2064 SMK SENTOSA 668 712 93.80%
68 AEA2303 SMK SERI TEJA 745 818 91.10%
69 AEB2063 SMK SULTAN YUSSUF 905 1562 57.90%
70 AEB2064 SMK ST. BERNADETTE'S CONVENT 721 1021 70.60%
71 AEB2065 SMK YUK KWAN      
72 AEB2068 SMK PEI YUAN 709 1318 53.80%
73 AEB2069 SMK KAMPAR 487 603 80.80%
74 AEE2066 SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD 1148 1567 73.30%
75 AEE2067 SMK METHODIST (ACS) 735 817 90.00%
76 AEE2070 SMK IDRIS SHAH 512 1262 40.60%
77 AEE2072 SMK DATO' BENDAHARA C M YUSUF 580 911 63.70%
78 AEE2073 SMK TRONOH 751 792 94.80%
79 AEE2074 SMK MALIM NAWAR 730 805 90.70%
80 ARA2001 SBPI GOPENG 603 603 100.00%
 
Kehadiran : 21,357/27,866
Peratus kehadiran keseluruhan : 76.6 %

Sunday, 19 May 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN (PPT 2013)

Warga pendidik SMK Dato' Bendahara CM Yusuf ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan masa biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda.


Ehsan Gambar : Shifu Zamri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...